Anda menerima komisen berjumlah sekian peratusan tertentu daripada spread pesanan pelanggan. Ia bergantung pada Gred IB semasa anda.
Ia dikira mengikut formula berikut:
Spread * Pengganda tahap komisen = Komisen per dagangan, iaitu
- Spread ialah perbezaan anatara harga Beli dan Jual bagi instrumen perdagangan pada waktu pesanan dibuka dan ditutup;
- Pengganda tahap komisen bergantung pada purata komisen anda untuk tiga bulan yang terakhir;
- Komisen per dagangan ialah jumlah komisen yang anda terima.
Sebagai contoh, jika anda seorang IB Gred 1, peratusan komisen ialah 30%. Andaikan seorang pelanggan telah mendagangkan 5 lot GBPUSD, dengan spread 13.6, maka pengiraan adalah seperti berikut:
Komisen = 5 * 13.6 * 30% = $20.4
Anda boleh menggunakan formula ini untuk mengira anggaran jumlah komisen bagi instrumen tertentu berdasarkan purata spread.