Multi-level partnership adalah Program IB multi-level dua lapisan yang membolehkan Rakaniaga FBS disambungkan dengan pelanggan serta Rakaniaga lain yang seterusnya boleh tersambung dengan kedua-dua Rakan Kongsi dan pelanggan.
Sebagai peserta Program IB, anda boleh:
- Menerima komisen untuk pelanggan yang tersambung secara langsung;
- Menerima komisen untuk pelanggan Rakaniaga yang tersambung dengan akaun IB anda.
Jika anda ingin tahu bila dan bagaimana komisen Rakan Kongsi dikira, seila rujuk artikel ini.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan keuntungan semua peserta secara bersama:
- sebagai Rakaniaga baru yang memutuskan untuk menyambungkan akaun mereka kepada Rakaniaga lain;
- sebagai Rakaniaga yang sudah berpengalaman yang boleh mendapat keuntungan daripada urusniaga pelanggan mereka sendiri dan pelanggan milik Rakaniaga yang tersambung di bawah pautan referral mereka;
- dan pelanggan yang, setelah belajar untuk berdagang dan mengkaji dengan teliti kelebihan-kelebihan program Rakaniaga, akan dapat menerapkan kemahiran mereka dengan melibatkan diri sebagai seorang rakaniaga.
Perhatian! Untuk menyambungkan Rakaniaga lain kepada akaun IB anda, anda perlu menggunakan pautan referral "Jemput Rakaniaga" yang unik, yang berbeza daripada pautan yang digunakan untuk menyambungkan pelanggan. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai ini dalam artikel berikut: Di mana boleh saya temui pautan Rakaniaga saya?