Kami ingin mengingatkan anda bahawa Visa/Mastercard adalah sistem pembayaran yang membenarkan pembayaran balik (refund) hanya bagi dana yang telah didepositkan sahaja.
Ini bermakna, anda boleh melakukan pengeluaran menerusi kad untuk jumlah yang tidak melebihi dari jumlah deposit anda.
Salah satu sebab yang utama mengapa pembayaran balik (refund) bagi kad mengambil masa yang panjang adalah kerana prosesnya melibatkan sangat banyak lapisan pemprosesan dan penapisan. Bila anda memulakan suatu pembayaran balik, contohnya seperti bila anda memulangkan barangan ke kedai, penjual memohon proses bayaran balik (refund) dengan memulakan permohonan transaksi baru kepada sistem jaringan kad. Syarikat kad tersebut harus menerima maklumat ini, memeriksa dan menyemak sejarah pembelian anda, mengesahkan permohonan peniaga, menyelaras bayaran balik dengan bank-bank terlibat dan memindahkan kredit ke akaun anda. Jabatan urusan bil (billing department) kad berkenaan seterusnya perlu mengeluarkan satu penyata yang menunjukkan bayaran balik tersebut sebagai kredit, yang merupakan langkah terakhir bagi proses ini. Setiap langkah membuka peluang untuk terjadinya kelewatan, akibat dari ralat komputer atau kesilapan manusia, atau kerana menantikan kitaran bil (billing cycle) berlalu. Kerana inilah adakalanya proses bayaran balik mengambil masa sehingga 1 bulan!
Sila maklum bahawa biasanya pengeluaran menerusi kad diproses dalam tempoh 3-4 hari.
Jika anda tidak menerima dana anda di dalam tempoh ini, anda boleh hubungi kami menerusi chat atau emel dan memohon slip pengesahan pengeluaran (withdrawal confirmation).