Dengan semangat insaf dan ihsan, FBS telah menghantar bantuan kebajikan kepada keluarga yang memerlukan di seluruh Malaysia sepanjang bulan suci Ramadan.
Sumbangan kewangan FBS telah disalurkan kepada dua pertubuhan kebajikan yang dihormati, SUKA Society dan Dignity for Children Foundation, yang menganjurkan pemberian hadiah Ramadan di lokasi untuk membantu golongan rentan dalam masyarakat di pelbagai tempat di Malaysia.
Berkat bantuan FBS, kira-kira 900 rakyat Malaysia yang berhadapan dengan situasi kehidupan yang mencabar telah menerima pakej barangan runcit dan makanan panas. Infaq Ramadan tersebut mengandungi pelbagai barangan, daripada kit keperluan hingga bekalan makanan yang melegakan tekanan kewangan keluarga yang memerlukan, membolehkan mereka meraikan bulan suci Ramadan dengan lega dan tenang.
Menerusi kerjasama dengan SUKA Society dan Dignity for Children ini, FBS berharap mereka dapat memanjangkan kasih ihsan dan harapan mereka kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan keluarga mereka di seluruh Malaysia pada bulan suci umat Islam.