Anda boleh buka akaun baru di dalam Laman Pedagang anda.
Untuk membuat demikian, sila cari butang "+ Buka akaun" dan klik butang tersebut:
Di halaman yang dibuka pilih bahagian Real atau Demo terlebih dahulu.
Anda akan dipindahkan ke halaman pembukaan akaun. Bergantung pada jenis akaun tersedia untuk anda memilih versi MetaTrader, mata wang akaun, leverage dan baki awal (untuk akaun demo).
Sila maklum bahawa anda boleh membuka sehingga 10 akaun untuk setiap jenis akaun dalam satu Laman Pedagang sekiranya 2 syarat telah dipenuhi:
- Laman Pedagang anda sudah disahkan;
- secara total, $100 atau lebih telah didepositkan ke akaun-akaun anda.