Setelah membaca artikel pertama dan kedua kursus “Perdagangan Algo Dengan MQL5”, anda kini sudah mengetahui tentang asal usul perdagangan algoritma dan jenis-jenis robot perdagangan yang utama. Kami juga telah menunjukkan kepada anda di mana anda boleh menemui program automasi perdagangan ini di MetaTrader 5. Jelas sekali, kemahiran pengaturcaraan yang baik tentunya akan membantu anda membina robot. Tetapi perlukah anda menjadi programmer untuk membina expert advisor? Tidak! MetaTrader 5 membolehkan anda membina robot perdagangan ringkas hanya dengan menggunakan MQL5 Wizard. Mari kita pelajari bagaimana caranya!
Apa itu MQL5 Wizard?
MQL5 Wizard adalah alat yang membantu anda membina robot dan templat program berdasarkan tetapan yang anda pilih. Ia menjana expert advisor yang mampu memberikan signal yang boleh diandalkan. Anda hanya perlu memilih parameter yang diinginkan sebagai asas pembinaan expert advisor. Untuk mengaksesnya, anda perlu membuka MetaEditor - persekitaran pembangunan (development environment) untuk strategi perdagangan yang terkamir dengan platform MetaTrader 5. Anda boleh temui butangnya betul-betul di atas menu rangkamasa (timeframe).
Setelah membuka MetaEditor, anda perlu mengklik “New” di sudut kiri-atas program. Butang ini akan melancarkan MQL5 Wizard.
Bagaimana cara membina expert advisor dengan MQL5 Wizard?
Anda boleh bina expert advisor baru dengan mudah dengan mengikuti arahan yang diberikan oleh MQL5 Wizard. Jom kita lihat setiap langkah dengan lebih terperinci.
Pertama, anda perlu takrifkan dengan jelas strategi yang ingin anda programkan ke dalam robot perdagangan anda.
Perpustakaan (library) MQL5 Wizard mengandungi beberapa signal. Secara asasnya ia adalah amaran standard yang diberikan oleh indikator. Apabila anda membina expert advisor, anda boleh gabungkan beberapa modul signal perdagangan (sehingga 64). Anda boleh temui penjelasannya di dalam dokumentasi MQL5.
Untuk contoh kita, kami akan menggunakan input seperti berikut:
Instrumen: EUR/USD
Rangka masa: H4
Indikator: Purata bergerak ringkas (SMA) dengan tempoh 21 dan 89, serta MACD (12; 24; 9).
Sekarang, mari kita bina expert advisor ini.
Di MQL Wizard, klik "Expert Advisor (generate)".
Di langkah seterusnya, anda perlu menamakan expert advisor anda. Di sini, anda juga boleh menetapkan mana-mana aset tertentu yang akan digunakan dengan EA ini, berserta rangka masanya. Oleh kerana kami ingin memperdagangkan EUR/USD pada rangka masa H4, kami tuliskan EURUSD pada string "simbol" dan "H4" pada jangka waktu.
Memilih signal yang tepat untuk expert advisor anda.
Langkah ini adalah bahagian yang paling menarik dalam proses ini. Di sini, kita takrifkan parameter pengoperasian robot perdagangan ini. Setelah mengklik “Add”, kita pilih signal yang telah kita tetapkan tadi. Setiap set signal ada parameternya. Sebagai contoh, untuk menambahkan signal purata bergerak 21-tempoh ke EA kita, kita perlu menetapkan tempohnya (21), anjakannya dari bar semasa (0), kaedah pengiraan purata (Simple), harga yang akan digunakan untuk pengiraan MA (Close Price), dan pemberat untuk signal ini (1.0).
Bagi MACD, kita gunakan tetapan standard yang ada (fast period = 12, slow period = 24, dan signal period = 9).
Untuk penerangan terperinci mengenai setiap signal, lawati laman web MQL5.
Anda juga boleh tetapkan rangka masa secara khusus hanya untuk signal tertentu. Contohnya, jika anda ingin melihat pengesahan pada rangka masa yang lebih besar, anda perlu mengisi tetapan "Timeframe".
Menggunakan "trailing stop"
Setelah menambahkan semua parameter, Expert Advisor kita hampir siap. Tindakan kita seterusnya adalah memasukkan tetapan untuk fitur "trailing stop" (rentian mengekor) bagi EA kita. Dengan kata lain, kita perlu memutuskan sama ada kita akan menggunakan trailing stop loss (renti rugi mengekor) atau tidak. Terdapat empat opsyen yang boleh anda pilih:
elakkan penggunaan renti rugi (trailing stop tidak digunakan);
gunakan dan tetapkan posisi berdasarkan Stop Level;
menetapkannya berdasarkan MA tertentu;
gunakan Parabolic SAR.
Dalam contoh kita ini, kami tidak menggunakan trailing stop loss.
Peraturan pengurusan wang
Pada langkah yang terakhir, anda boleh takrifkan peraturan pengurusan wang untuk expert advisor anda. Kami memilih untuk berdagang dengan volum urusniaga yang malar iaitu 0.1 lot dan risiko sebesar 10%.
Setelah mengklik selesai, kami menerima kod yang panjang dan tersusun di MetaEditor. Ini adalah tulang belakang expert advisor kita.
Bagaimana kita boleh mengubahnya menjadi robot? Anda boleh lakukannya dengan mudah dengan menekan butang "compile". Tindakan ini akan menghasilkan satu fail untuk robot anda dan memindahkan kodnya ke dalam MT5.
Selepas itu, anda boleh menemui robot berkenaan di tetingkap "Navigator" di MT5.
Anda boleh menguji robot perdagangan anda dengan mengklik "Test" pada nama robot. Setelah penguji strategi (strategy tester) dibuka, pilih parameter yang sesuai dan kemudian tekan "Start". Anda boleh mendapatkan hasil ujian ini di bar backtest (ujian menggunakan harga masa silam).
Sekarang, anda sudah tahu cara membina robot perdagangan yang berfungsi sepenuhnya tanpa kemahiran dan pengalaman pengaturcaraan. Namun, jika anda mahu expert advisor anda melaksanakan perintah yang lebih rumit, anda masih perlu belajar bagaimana memprogramnya dengan betul. Dalam artikel seterusnya dalam kursus ini, anda akan mempelajari asas pengkodan robot pertama anda di MQL5!