• 30 Aug 2024
  • Pengurusan risiko

10 Matawang Terkuat Di Dunia Berbanding Dolar AS Pada Tahun 2024

MDP-4865_cover_1200x675.png

Apabila anda memikirkan tentang matawang yang terkuat di dunia, beberapa matawang yang paling popular mungkin akan timbul dalam fikiran anda secara automatik: dolar AS, euro, dan pound Britain. Tetapi, dari segi nilai sebenar, hampir kesemua matawang tersebut berada dalam kumpulan separuh terbawah dalam senarai 10 matawang yang terkuat di seluruh dunia.

Kekuatan matawang ditentukan dengan menganalisis kadar matawangnya, keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal per kapita, kadar inflasi, dan pelbagai faktor ekonomi dan politik lain.

Dalam artikel ini, kita akan melihat apakah dia 10 matawang terkuat di dunia berbanding dolar AS, dan ekonomi yang mendukungnya.

Matawang terkuat di dunia

Nilai suatu matawang disebut dalam bentuk kadar tukarannya berbanding suatu matawang asas. Dalam jadual ini, 10 matawang terkuat di dunia dinilai berbanding dolar AS.

Matawang

Kadar USD*

Kod

1

Dinar Kuwait

3.27 USD

KWD

2

Dinar Bahrain

2.65 USD

BHD

3

Rial Oman

2.59 USD

OMR

4

Dinar Jordan

1.41 USD

JOD

5

Paun British

1.30 USD

GBP

6

Paun Gibraltar

1.29 USD

GIP

7

Dolar Pulau Cayman

1.21 USD

KYD

8

Franc Switzerland

1.16 USD

CHF

9

Euro

1.11 USD

EUR

10

Dolar Amerika Syarikat

1 USD

USD

*Semua data adalah terkini pada 20 Ogos 2024

MDP-4865_1_1200x675.png

Dinar Kuwait

  • Negara pengeluar: Kuwait

  • Kod matawang: KWD

  • Kadar pertukaran: 1 KWD = 3.27 USD

Kuwait adalah sebuah negara kecil di Teluk Parsi, yang terletak di antara Iraq dan Arab Saudi. Ia mempunyai tahap pengangguran yang sangat rendah, negara ini tidak mengenakan cukai pendapatan ke atas 4.3 juta rakyatnya.

Kuwait juga merupakan salah satu negara yang terkaya di dunia. Ia adalah pengeksport minyak utama dunia, dan ia mempunyai lebih banyak lagi minyak dalam rizab. Sejak tahun 2007, dinar Kuwait telah ditambat kepada bakul matawang berwajaran negara itu. Ia mendapat tempat pertama di antara semua matawang terkuat di dunia pada tahun 2024.

Fakta menarik

Di prinsipaliti kecil Seborga, di sempadan antara Itali dan Perancis, terdapat satu matawang tempatan yang hanya diiktiraf oleh bank serantau, dan tidak mempunyai nilai di luar negara mikro tersebut. Untuk 307 rakyatnya, seunit Seborgan luigino bernilai 6 dolar AS. Jadi, jika ia diiktiraf, ia akan menjadi matawang terkuat di dunia!

MDP-4865_2_1200x675.png

Dinar Bahrain

  • Negara pengeluar: Bahrain

  • Kod matawang: BHD

  • Kadar pertukaran: 1 BHD = 2.65 USD

Matawang yang kedua terkuat di dunia adalah kepunyaan 1.5 juta penduduk negara pulau Bahrain. Terletak di Teluk Parsi, industri minyak dan gas negara itu menyumbang 85% daripada pendapatan nasional.

Diperkenalkan pada tahun 1965 sebagai pengganti kepada rupee Teluk, dinar Bahrain kini ditambat kepada dolar AS untuk menarik pelaburan asing.

Pelancongan adalah satu lagi komponen utama ekonomi Bahrain. Pada tahun 2019 — tahun sebelum pandemi COVID-19 — Bahrain menerima sepuluh kali lebih banyak pelancong daripada seluruh penduduk negara itu. Majoriti pelawat ini adalah dari negara-negara Arab yang lain, tetapi sejak kerajaan itu menjadi tuan rumah acara perlumbaan kereta Grand Prix F1 Bahrain pada tahun 2004, kesedaran yang semakin meningkat mengenai kekayaan sejarah negara pulau itu dan keindahan semulajadinya telah menggamit lebih ramai pelancong dari luar rantau ini.

MDP-4865_3_1200x675.png

Rial Oman

  • Negara pengeluar: Oman

  • Kod matawang: OMR

  • Kadar pertukaran: 1 OMR = 2.59 USD

Seperti Kuwait dan Bahrain, Kesultanan Oman mempunyai industri eksport minyak yang sangat kukuh. Sebahagian besar ekonominya juga disokong oleh pertanian, serta perikanan dan perdagangan di sepanjang garis pantainya yang luas.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1970, rial Oman sentiasa ditambat kepada dolar AS.

Sejak minyak ditemui di bahagian barat negara itu pada tahun 1960-an, Oman telah menjadi semakin terkenal dalam perdagangan minyak antarabangsa. Walau bagaimanapun, ia bukan ahli Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Royal Dutch Shell memiliki 34% daripada syarikat minyak nasional Petroleum Development Oman (PDO), dengan 60% saham dimiliki oleh kerajaan Oman.

MDP-4865_4_1200x675.png

Dinar Jordan

  • Negara pengeluar: Jordan

  • Kod matawang: JOD

  • Kadar pertukaran: 1 JOD = 1.41 USD

Jordan adalah negara yang pertama dalam senarai ini yang tidak mempunyai minyak. Dinar Jordan menjadi salah satu matawang yang terkuat lantaran ekonomi negara tersebut yang cukup rencam. Sektor perbankan Jordan dianggap oleh Akademi Kewangan (AOF) sebagai "maju," dan ia dianggap sebagai salah satu negara yang paling terglobalisasi dalam Indeks Globalisasi tahun 2020. Industri negara ini juga bukan alang-kepalang: negara ini telah giat membangunkan industri aeroangkasa, teknologi maklumat dan komunikasi, dan farmaseutikal. Ia juga merupakan pelombong fosfat yang utama dan salah satu pengeksport utama baja.

Jordan bergantung kepada import minyak dan mempunyai sedikit tanah pertanian atau air tawar. Ia juga berhadapan dengan banyak pergolakan politik dalam kalangan penduduknya yang berjumlah 11.3 juta. Sejak Arab Spring pada tahun 2011, pertumbuhan ekonomi tahunannya telah memperlahan dengan ketara. Walaupun begitu, wangnya tetap menjadi salah satu matawang yang terkuat di dunia.

MDP-4865_5_1200x675.png

Paun British

  • Negara pengeluar: United Kingdom

  • Kod matawang: GBP

  • Kadar pertukaran: 1 GBP = 1.30 USD

Matawang kelima terkuat di dunia, paun Britain (atau paun sterling), adalah matawang Barat yang terkuat. Kira-kira 70 juta orang menggunakan paun di United Kingdom (UK), Tanah Naungan Kerajaan British, dan Wilayah Luar Negara British.

UK adalah ekonomi pasaran sosial yang sangat maju dengan KDNK yang keenam terbesar di dunia, dan KDNK per kapita nominalnya membentuk lebih 3% daripada keseluruhan ekonomi dunia.

Paun adalah matawang yang tertua, ia sudah wujud sejak Zaman Pertengahan Eropah. Ia telah digunakan secara berterusan selama 1224 tahun!

MDP-4865_10_1200x675.png

Paun Gibraltar

  • Negara pengeluar: Gibraltar

  • Kod matawang: GIP

  • Kadar pertukaran: 1 GIP = 1.29 USD

Yang keenam di antara semua matawang terkuat, paun Gibraltar adalah kepunyaan 33,000 penduduk Wilayah Luar Negara British Gibraltar. Matawang itu ditambat kepada GBP, tetapi negara kecil itu nama besar dalam perniagaan e-gaming, setelah memacu sektor ini dengan pelepasan cukai yang besar.

Sebelum COVID-19, negara ini telah menjadi tuan rumah kepada lebih 10 juta pelancong setiap tahun. Sejak tahun 2020, jumlah itu telah menurun kepada 5.3 juta. Dengan keluasan daratan kurang daripada tujuh kilometer persegi, negara kecil itu sudah melampaui kapasiti fizikal untuk infrastruktur yang diperlukan untuk kemasukan pelancong yang besar. Ketegangan politik dengan jirannya, Sepanyol, merumitkan lagi logistik industri pelancongan Gibraltar.

MDP-4865_6_1200x675.png

Dolar Kepulauan Cayman

  • Negara pengeluar: Kepulauan Cayman

  • Kod matawang: KYD

  • Kadar pertukaran: 1 KYD = 1.21 USD

Kepulauan Cayman adalah syurga cukai bagi orang kaya dan menawarkan banyak perkhidmatan perbankan luar pesisir untuk syarikat dan orang-orang kaya. Terima kasih kepada sektor perbankan ini, 70 000 warganegara pulau Caribbean menikmati matawang negara yang lebih kuat daripada euro dan dolar AS, meletakkannya sebagai salah satu matawang terkuat di dunia.

Pulau ini menjadi tuan rumah kepada setengah juta pelancong pantai setiap tahun, dan lebih daripada 100,000 syarikat telah didaftarkan di sana.

MDP-4865_7_1200x675.png

Franc Switzerland

  • Negara pengeluar: Switzerland

  • Kod matawang: CHF

  • Kadar pertukaran: 1 CHF = 1.16 USD

Negara yang terkaya di dunia adalah Switzerland dan prinsipaliti kecil Liechtenstein. Kedua-dua negeri ini menggunakan franc Swiss sebagai matawang mereka. Mengatasi euro dan dolar AS, franc Swiss disokong oleh ekonomi yang stabil, dasar monetari yang ketat, dan tahap hutang negara yang terendah.

Industri perbankan Switzerland telah berkembang sejak akhir 1700-an, dan negara ini berpendirian neutral dalam kalangan negara-negara Eropah sejak 1815 — prasyarat penting untuk mengekalkan industri perbankan yang paling stabil di dunia.

Wang kertas franc Switzerland adalah satu-satunya matawang kertas di dunia yang dicetak secara menegak dan bukannya mendatar.

MDP-4865_8_1200x675.png

Euro

  • Negara pengeluar: Zon Euro

  • Kod matawang: EUR

  • Kadar pertukaran: 1 EUR = 1.11 USD

Euro adalah matawang yang termuda dalam senarai ini dan ia adalah matawang rasmi bagi 20 negara Eropah, yang terdiri daripada lebih 350 juta orang. Di samping itu, enam negara bukan Kesatuan Eropah turut menggunakan euro sebagai matawang mereka secara default. Ia tidak ditambat kepada mana-mana matawang lain, tetapi 25 matawang lain ditambat kepadanya.

Ada tujuh negara anggota EU yang belum menyertai Zon Euro kerana mereka tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kesatuan Ekonomi dan Kewangan (EMU) EU, tetapi mereka dikehendaki menyertainya sebaik sahaja mereka memenuhi kriteria tersebut. Buat masa ini, mereka menggunakan matawang nasional mereka sendiri.

MDP-4865_9_1200x675.png

Dolar Amerika Syarikat

  • Negara pengeluar: Amerika Syarikat

  • Kod matawang: USD

  • Kadar pertukaran: 1 USD = 1 USD

Matawang Amerika Syarikat ini adalah matawang rizab utama ekonomi dunia. Ini bermakna bahawa antara semua matawang terkuat, ia dijadikan standard tolok ukur untuk dibandingkan dengan matawang lain. 70% daripada semua dolar AS dalam bentuk not kertas berada di luar Amerika Syarikat.

Populasi Amerika Syarikat lebih kurang sama dengan populasi Zon Euro. Sembilan negara menggunakan dolar AS secara tidak rasmi, dan 20 melakukannya secara rasmi. Pada tahun 1971, matawang itu tidak lagi boleh ditukar menjadi emas di peringkat antarabangsa.

Berbeza dengan matawang di British, dolar AS tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk menampilkan potret pemimpin politik yang masih hidup. Semua orang yang dipaparkan wajahnya pada matawang itu telah meninggal dunia.

Ringkasan

Pelbagai peristiwa yang berbeza, dari peralihan politik ke fenomena semula jadi dan perubahan situasi ekonomi, dapat mengaruh perubahan ekonomi yang pesat ke setiap negara, dan seluruh dunia secara umumnya. Dengan peralihan ini, urutan matawang terkuat di dunia boleh berubah. Dari tahun ke tahun, kedudukan yang tepat untuk 10 matawang terkuat mungkin akan berubah.

Begitu juga, nilai matawang sentiasa berubah-ubah dalam rangka masa yang lebih pendek — selalunya cukup untuk pedagang mengambil kesempatan ke atasnya untuk mengaut keuntungan. Broker FBS menyediakan pelanggannya dengan lebih daripada 72 pasangan matawang untuk diperdagangkan, termasuk matawang-matawang terkuat, pasangan forex yang paling popular, dan eksotik forex. Ia juga menyediakan bahan pendidikan dan analisis, spread yang rendah, dan leveraj yang tinggi untuk membantu trader berjaya. Dengan FBS, mudah untuk memanfaatkan waima perubahan harga yang kecil untuk maslahat anda.

Jika anda baru berkecimpung dalam dunia trading di pasaran pertukaran matawang asing (forex), FBS menawarkan akaun demo, di mana anda boleh belajar trading tanpa risiko, menggunakan wang maya. Sebaik sahaja anda sudah bersedia, buka akaun sebenar dan trade dengan terma yang menarik dengan FBS.

Trade sekarang

Soalan Lazim

Apakah 10 matawang yang terkuat pada tahun 2024?

  1. Dinar Kuwait (KWD)

  2. Dinar Bahrain (BHD)

  3. Rial Oman (OMR)

  4. Dinar Jordan (JOD)

  5. Paun sterling British (GBP)

  6. Paun Gibraltar (GIP)

  7. Dolar Kepulauan Cayman (KYD)

  8. Franc Switzerland (CHF)

  9. Euro (EUR)

  10. Dolar Amerika Syarikat (USD)

Apakah matawang terkuat berbanding USD?

Dinar Kuwait (KWD) adalah matawang yang terkuat dan paling bernilai di dunia kerana ekonominya yang berasaskan eksport tenaga yang kukuh.

Mengapa USD begitu kuat?

Dolar AS adalah matawang rizab utama di dunia, yang dipegang oleh bank pusat dan institusi kewangan di seluruh dunia. Ini bermakna dolar AS dianggap sebagai simpanan nilai yang selamat, terutamanya semasa ketidakpastian ekonomi. Oleh itu, ketika berlaku ketidakstabilan dan ketidakpastian monetari, pelabur melihat pada matawang ini sebagai aset perlindungan. Pada masa ini, kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan untuk memerangi inflasi telah menjadikan dolar lebih kukuh kerana ia telah mencetus peningkatan permintaan daripada pelabur asing. Akhirnya, USD juga sangat cair, yang bermakna adalah mudah untuk membeli dan menjualnya dalam jumlah yang besar tanpa mempengaruhi harganya dengan ketara, dan ia menarik minat kedua-dua pelabur dan negara yang mahu menguruskan rizab mereka.

Apakah matawang yang paling banyak diperdagangkan dan digunakan di dunia?

Matawang yang paling banyak diperdagangkan dan digunakan di dunia ialah USD. Ia adalah mata rizab global yang dominan dan digunakan secara meluas dalam perdagangan antarabangsa. Lebih 70% daripada semua wang kertas USD disimpan di luar negara, dan ada banyak negara yang menggunakan dolar AS sebagai matawang rizab mereka.

Kongsi kepada rakan-rakan: