• 13 Aug 2024
  • Asas

Kenali Platform Trading Anda

MDP-4281_1_cover_MS.png

Oleh kerana anda membaca catatan ini di blog FBS, pasti anda sedang mencari peluang untuk meningkatkan pendapatan. Kami senang hati melihat anda ingin mencapai kejayaan kewangan dan meningkatkan status kewangan anda menerusi trading. Sekarang, mari kita perhitungkan salah satu prasarana penting yang anda perlukan — platform trading anda.

Pertama sekali, anda perlu tahu pilihan yang ada untuk anda. Platform trading adalah perisian yang membolehkan anda trade melalui broker. Platform membolehkan trader membuka posisi untuk instrumen trading yang berbeza, melaksanakan strategi trading mereka, menganalisis prestasi mereka, dan menggunakan tetapan pengurusan risiko untuk meningkatkan keberhasilan mereka.

Dengan akaun trading FBS anda, anda boleh memilih platform yang anda rasa paling selesa dioperasikan. Mari kita lihat platform trading mana yang sesuai untuk anda. Kami akan menerangkan perbezaan antara pilihan-pilihan utama, untuk siapa ia diciptakan, dan mengapa anda wajar memilih salah satu daripadanya berbanding yang lain.

Aplikasi telefon FBS

MDP-4281_2_MS.png

Mari kita mulakan dengan pilihan yang paling jelas dan boleh digunakan oleh semua orang tidak kira apa jua tahap pengalaman mereka dalam trading — aplikasi telefon FBS. Pasukan pembangunan aplikasi ini telah melakukan yang terbaik untuk menjadikan aplikasi ini sebagai penyelesaian ringkas yang mampu dikuasai dan dinikmati oleh sesiapa sahaja.

FBS dibina sebagai aplikasi all-in-one untuk trading. Dengan memiliki semua fungsi yang diperlukan oleh trader, ia penyelesaian yang mampu membantu semua trader menyerlahkan potensi mereka dalam trading.

Apakah yang dimaksudkan dengan "all-in-one"? Ini bermakna anda memuat turun dan memasang hanya satu aplikasi, dan anda tidak memerlukan apa-apa perisian lain pada peranti anda lagi kerana ia sudah cukup untuk memenuhi semua keperluan anda:

  • Urus baki anda: deposit dan keluarkan dana menggunakan salah satu daripada 200+ penyedia servis pembayaran

  • Terima konten berharga menerusi notifikasi push

  • Laras suai carta untuk instrumen menggunakan pelbagai indikator

  • Trade menggunakan aplikasi itu sendiri dan menerapkan tetapan pengurusan risiko

  • Akses prestasi trading anda dengan hanya satu tap

  • Hubungi khidmat pelanggan 24/7 menerusi live chat

Trade sekarang

Adakah aplikasi telefon FBS sesuai untuk anda?

Aplikasi telefon FBS memberikan anda semua alat dan sumber untuk trade dengan bijak. Ia mungkin sesuai untuk anda jika anda mencari penyelesaian yang komprehensif tetapi ringkas dan mudah. Ia sesuai untuk pemula dengan pengalaman yang terhad dan ingin menguasai seni trading dan juga untuk trader yang lebih maju yang mahukan penyelesaian yang mudah untuk gaya hidup bergerak mereka.

MetaTrader 5

MDP-4281_3.png

MetaTrader 5 adalah platform yang sofistikated dengan fitur-fitur canggih. Ia amat berguna bagi mereka yang lebih gemar trade di desktop dan bermacam-macam pilihan customization. Walau bagaimanapun, terlalu banyak fitur menyukarkan perisian ini dikuasai oleh mereka yang belum cukup pengalaman dan kemahiran.

MetaTrader 5 dilancarkan pada tahun 2010 dan ia lebih daripada sekadar versi baru bagi platform popular MetaTrader 4. Ia dibina sebagai platform untuk perdagangan saham, niaga hadapan, dan komoditi. Pasukan pembangunan aplikasi ini menggunakan bahasa pengaturcaraan yang berbeza, agar pengguna akhir mempunyai alat yang lebih baik untuk membangunkan program perdagangan algoritma dan pembantu elektronik mereka.

MetaTrader 5 mempunyai ciri-ciri canggih yang disukai terutamanya oleh trader pakar yang inginkan kesempurnaan dalam kegiatan trading mereka.

  • 21 rangka masa

  • 90 indikator dan alat analisis carta

  • Enam jenis pending order

Ini mungkin terlalu rumit untuk trader baru, tetapi trader pakar suka menggunakan MetaTrader 5 di desktop mereka untuk analisis yang lebih komprehensif dan trading dengan pelbagai fungsi. Ada juga yang menggabungkan trading bergerak menggunakan aplikasi FBS dengan workflow yang lebih terperinci dalam MetaTrader 5 di desktop. Anda boleh membuka posisi secara kasual apabila peluang muncul semasa anda sedang dalam perjalanan dan melakukan analisis yang lebih cermat apabila anda kembali ke desktop anda.

Adakah MetaTrader 5 sesuai untuk anda? Jika MetaTrader 5 memang pilihan yang wajar untuk anda, anda mungkin sudah mengetahuinya: anda mempunyai pengalaman yang cukup sehingga anda berasa anda memerlukan semua alat yang disediakan oleh MetaTrader 5 di desktop. Ia mungkin terlalu rumit untuk trader novis yang akan berasa sukar untuk memahami semua indikator dan alat yang ada. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan platform yang canggih untuk trading lebih terfokus, anda mungkin akan mendapati MetaTrader 5 penyelesaian yang paling tepat.

MetaTrader 4

MDP-4281_4.png

Untuk satu tempoh yang lama, MetaTrader 4 adalah penyelesaian yang menjadi pilihan semua jenis trader. Waima pada masa ini pun ia masih dianggap sebagai pilihan klasik sepanjang zaman oleh sesetengah trader. Trader yang lain pula mengakui bahawa ia adalah platform yang sudah menjadi tradisi, tetapi kini seperti ada yang kurang padanya.

Platform ini dilancarkan pada tahun 2005, dan selama bertahun-tahun, ia telah menjadi perisian trading yang paling banyak dimuat turun. Ia masih mempunyai peminat setia yang tidak mahu mempertimbangkan pilihan lain dan enggan berfikir untuk berpindah ke platform lain.

Walau bagaimanapun, semakin ramai trader kini memilih platform MetaTrader 5 yang lebih canggih dan lebih baru. Ramai trader juga mahu membawa rutin trading mereka ke peranti mudah alih mereka, jadi mereka memilih penyelesaian yang akan berfungsi di mana sahaja, seperti aplikasi mudah alih FBS.

Adakah MetaTrader 4 sesuai untuk anda? Sekiranya anda bukan salah seorang pengguna lama MetaTrader 4, anda mungkin tidak mahu memuat turunnya sekarang. Dunia trading telah berkembang dengan pesat, dan platform perdagangan juga begitu. Anda mungkin mahu menggunakan alat yang lebih maju dan terkini untuk menguasai trading.

Untuk direnungkan

Mari kita rangkumkan semuanya.

  • Aplikasi mudah alih FBS adalah produk semua-dalam-satu baharu yang memenuhi semua keperluan trading anda. Dengan antaramuka pengguna yang intuitif, carta yang boleh dilaras suai, statistik trading yang mudah digunakan, dan konten berharga yang dihantar terus ke peranti mudah alih anda menerusi notifikasi push, ia adalah penyelesaian yang komprehensif untuk trade di mana sahaja.

  • MetaTrader 5 menyediakan set fitur yang ekstensif untuk trader yang mahir dan berpengalaman. Jika anda memilih MetaTrader 5 sebagai platform trading anda apabila mencipta akaun trading baru di FBS, anda boleh trade menggunakan akaun ini di MetaTrader 5 dan aplikasi telefon FBS.

  • MetaTrader 4 masih disukai oleh ramai trader yang telah menguasainya dan tidak mahu berpindah ke tempat lain dan enggan mempelajari alat baru.

Semua platform adalah percuma untuk digunakan, jadi anda boleh mencubanya dan memutuskan mana yang paling sesuai untuk anda.

Daftar sekarang

FAQ

Platform trading mana yang terbaik?

Tidak ada platform perdagangan "terbaik": ada pilihan yang sesuai untuk sesetengah orang dan ada pula pilihan yang sesuai untuk orang lain. Anda harus memilih platform berdasarkan kecenderungan anda apabila anda trade, gaya hidup, dan pengalaman anda.

Bolehkah saya trade menggunakan peranti mudah alih sahaja?

Ya, pendekatan ini kian popular dalam kalangan trader pada era kini. Orang ramai ingin belajar tentang pergerakan pasaran dan membuka posisi tidak kira di mana mereka berada — ketika bersantai di pantai atau ketika sedang makan tengah hari di restoran. Aplikasi peranti mudah alih FBS dibina sebagai satu penyelesaian komprehensif yang akan memenuhi keperluan ini.

Adakah MetaTrader 5 lebih baik daripada MetaTrader 4?

Kedua-dua platform dibina oleh satu syarikat yang sama, tetapi MetaTrader 4 hanya digunakan oleh peminat jangka panjang yang tidak mahu berpindah ke alat yang lebih baru. MetaTrader 5 adalah penyelesaian yang lebih termaju dan terkini dengan rupa dan rasa yang lebih moden.

Platform trading mana yang harus saya gunakan?

Pilihan platform trading anda bergantung pada gaya hidup dan pengalaman anda dalam trading. Sekiranya anda baru sahaja melibatkan diri dalam trading atau akan lebih sering trade di mana sahaja, anda mahukan penyelesaian yang lebih mudah dan komprehensif, seperti aplikasi peranti mudah alih FBS. Jika anda mempunyai pengalaman yang cukup sehingga anda merasakan bahawa anda memerlukan lebih banyak pilihan customization dan akan trade semasa anda sedang duduk di hadapan meja anda, anda boleh memilih MetaTrader 5.

Kongsi kepada rakan-rakan: