Dolar AS adalah matawang yang paling banyak didagangkan di dunia. Ia digunakan sebagai matawang bagi majoriti urusniaga antarabangsa dan juga menjadi sebahagian daripada pasangan matawang paling popular di pasaran Forex. Tidak hairanlah dolar AS mempunyai indeksnya sendiri yang digunakan untuk menilai nilainya berbanding dengan matawang global yang lain.
Dalam artikel ini anda akan mengetahui apakah itu Indeks Dolar AS, cara ia dikira dan sama ada terdapat cara untuk menggunakan indeks ini dalam strategi perdagangan anda.
Apa Itu Indeks Dolar AS (DXY)?
Indeks Dolar AS (biasanya ditulis sebagai USDX atau DXY) ialah indikator yang mengukur nilai dolar AS berbanding sekumpulan enam matawang asing. Matawang ini termasuklah euro, yen Jepun, pound Great Britain, dolar Kanada, krona Sweden dan franc Switzerland.
Sebab mengapa indeks ini penting kepada pedagang adalah kerana USD dianggap sebagai matawang perdagangan global dan matawang rizab utama dunia. Sebilangan besar perdagangan merentasi semua pasaran kewangan dilakukan dalam dolar AS. Mengetahui nilai semasanya berbanding matawang lain boleh membantu anda merancang perdagangan yang lebih menguntungkan.
Sejarah Indeks Dolar AS
Indeks Dolar AS mula diperkenalkan pada tahun 1973 selepas sistem Bretton Woods dimansuhkan. Sistem ini menetapkan dolar AS sebagai matawang rizab antarabangsa, dengan menetapkan nilai matawang lain kepada dolar, yang seterusnya terikat dengan nilai emas (satu auns = $35). Walau bagaimanapun, sistem itu telah menyebabkan rizab emas AS berkurangan, dan USD tidak dapat mengekalkan nilainya. Disebabkan ini, DXY telah dibangunkan sebagai satu cara untuk merekodkan nilai matawang tersebut.
Pada mulanya, nilai asas USD ditetapkan pada 100.000. Namun, ia telah mengalami penurunan dan kenaikan sepanjang beberapa dekad yang telah berlalu, meningkat kepada nilai maksimum historikalnya (164.720) pada tahun 1985 dan mencapai nilai minimum historikalnya (70.698) pada tahun 2008.
Di sepanjang tahun-tahun ini, kumpulan matawang yang diukur dan dibandingkan dengan USD telah diubah sekali sahaja iaitu pada tahun 1999, apabila euro dimasukkan ke dalam senarai. Pada masa ini, ramai pakar yang berdebat bahawa sudah tiba masanya untuk menyemak semula kumpulan matawang ini dan memasukkan matawang lain (seperti yuan China dan peso Mexico) untuk mencerminkan negara-negara yang berdagang secara aktif dengan Amerika.
Bagaimana cara untuk menggunakan Indeks Dolar AS dalam perdagangan?
Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan DXY dalam perdagangan. Berikut adalah sebahagian daripadanya.
1. Indikator trend
DXY boleh memberikan banyak maklumat yang berguna kepada pedagang Forex yang berdagang USD melawan matawang lain. Salah satu cara anda boleh menggunakannya dalam perdagangan Forex anda adalah dengan mengenal pasti kecenderungan semasa USD.
Mengetahui sama ada nilai USD mengalami uptrend atau downtrend boleh membantu anda merancang perdagangan Forex anda dengan sewajarnya. Jika nilai DXY menunjukkan uptrend, ia adalah lebih baik untuk membeli USD berbanding matawang lain. Jika DXY sedang mengalami downtrend, ia adalah masa untuk menjual USD berbanding matawang lain yang lebih kukuh.
2. Memperdagangkan pasangan matawang yang berkorelasi
Satu lagi cara untuk menggunakan DXY dalam perdagangan ialah dengan menggunakannya sebagai sumber untuk signal perdagangan tambahan. Indeks Dolar AS mempunyai pengaruh yang agak besar ke atas pasaran matawang kerana ramai pedagang menggunakan aras sokongan dan rintangan serta pola harganya untuk merancang perdagangan Forex mereka.
Pasangan matawang yang terkorelasi ialah pasangan yang bergerak dalam arah yang sama seperti DXY (USDJPY, USDCAD, USDGBP, dll.). Untuk memperdagangkannya, anda perlu mencari pola analisis teknikal yang sahih pada carta DXY dan mencari pasangan matawang yang terkorelasi yang carta harganya menunjukkan visual yang mirip. Sebaik sahaja anda menemuinya, buka posisi untuk pasangan matawang yang terkorelasi itu dalam arah yang sama seperti trend DXY.
Sebagai contoh, pada 16 Ogos 2022, pada 12:00 MT, indeks dolar AS menembusi keluar bendera bullish (bullish flag).
Pada masa yang sama, USDCHF tidak mempunyai sebarang pola yang sah. Walau bagaimanapun, jika para pedagang telah pun membuka urusniaga beli USDCHF ketika penembusan bendera indeks dolar AS berlaku, mereka pasti dapat mengambil keuntungan daripada kenaikan yang padu.
Berdagang pasangan matawang dengan korelasi songsang
Tidak seperti pasangan yang terkorelasi, pasangan matawang dengan korelasi songsang bergerak dalam arah yang bertentangan dengan DXY. Ini termasuk EURUSD, AUDUSD, NZDUSD dan pasangan-pasangan lain. Untuk memanfaatkan DXY, cari pola analisis teknikal yang sudah disahkan pada cartanya, dan kemudian cari pola yang serupa pada carta salah satu pasangan matawang tersebut. Sebaik sahaja anda menemuinya, anda harus membuka posisi untuk pasangan ini dalam arah yang bertentangan dengan trend pada carta DXY.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang analisis teknikal Indeks Dolar AS daripada pasukan Penganalisis FBS.
Apa itu kontrak hadapan Indeks Dolar AS?
Kontrak hadapan Indeks Dolar AS ialah satu bentuk DXY yang boleh didagangkan di pasaran kewangan. Untuk berdagang kontrak niaga hadapan DXY, anda perlu membuka akaun perdagangan niaga hadapan. Selepas anda berbuat demikiani, anda boleh berdagang DXY selayaknya aset biasa, membeli dan menjualnya untuk membuat keuntungan daripada turun naik harganya. Anda juga boleh menggunakannya untuk melindung nilai daripada kerugian daripada berdagang USD di pasaran Forex.
Di FBS, anda tidak boleh dagangkan Indeks Dolar AS. Namun, jika anda membuka MetaTrader 4 atau MetaTrader 5, klik pada view, dayakan Market Watch, tatal senarai aset ke bawah, dan taip “USdollarindex” ke dalam medan carian, anda akan dapat membuka carta indeks. Analisis indeks ini boleh membantu anda untuk meramal pergerakan kebanyakan pasangan matawang major, logam, dan juga pasaran saham AS.
Apakah yang mempengaruhi harga Indeks Dolar AS?
Harga DXY boleh dipengaruhi oleh perubahan harga dolar AS dan mana-mana matawang yang ada dalam kumpulan matawang DXY. Peristiwa yang boleh membawa kepada perubahan ini termasuk kemelesetan atau pertumbuhan ekonomi, inflasi atau deflasi, konflik geopolitik, eksport dan import, dsb. Harga Indeks Dolar AS juga meningkat apabila permintaan terhadap USD tinggi, dan jatuh apabila permintaan tersebut menjadi rendah.
Bagaimanakah cara mengira harga DXY?
Indeks Dolar AS dikira dengan mengambil purata kadar pertukaran USD berbanding enam matawang asing dan menormalkan ia pada faktor pengindeksan, iaitu kira-kira 50.1435. Setiap matawang mempunyai peratusan pemberat yang berbeza yang juga termasuk dalam pengiraan:
Euro – 57.6%
Yen Jepun – 13.6%
Pound British – 11.9%
Dolar Kanada – 9.1%
Krona Sweden – 4.2%
Franc Swiss – 3.6%
Formula penuh yang digunakan untuk mengira DXY adalah seperti berikut:
DXY = 50.14348112 × EURUSD -0.576 × USDJPY 0.136 × GBPUSD -0.119 × USDCAD 0.091 × USDSEK 0.042 × USDCHF 0.036
Teori The Dollar Smile sebagai strategi perdagangan
Teori The Dollar Smile mula diperkenalkan kira-kira 20 tahun yang lalu oleh ahli ekonomi Stephen Jen dan Morgan Stanley. Mereka melihat korelasi yang aneh antara situasi ekonomi global dan kekuatan USD. Mereka membuat kesimpulan bahawa USD sentiasa mengikut kitaran dalam tiga peringkat:
Peringkat 1. USD kukuh manakala ekonomi global berada dalam keadaan terumbang-ambing. Ini berlaku kerana USD dilihat sebagai ‘matawang selamat’, dan semasa ekonomi bergolak pelabur lebih suka memindahkan wang mereka ke dalam aset selamat, yang meningkatkan nilai USD.
Peringkat 2. USD menjadi lemah semasa ekonomi global pulih daripada kemelesetan. Walaupun ekonomi AS masih sedang bertambah baik, pelabur akan memindahkan wang mereka semula, memilih matawang berprestasi tinggi sebagai pilihan seterusnya.
Peringkat 3. Apabila ekonomi AS juga pulih, pelabur mula menikmati pertumbuhan KDNK dan menjangkakan kadar faedah yang lebih tinggi pada masa hadapan, ini menjadikan USD sebagai aset yang menarik semula.
Ilustrasi ini menunjukkan peringkat-peringkat kitaran. Anda boleh melihat sendiri mengapa teori ini dipanggil “the Dollar Smile”.
Menyedari kecenderungan ini, anda boleh menggunakan sifat pelik USD ini untuk kelebihan anda dan menggunakan Indeks Dolar AS bagi merancang perdagangan jangka panjang anda.
Kesimpulan
Indeks Dolar AS adalah indikator yang sangat penting yang membolehkan pedagang melihat perubahan nilai USD dalam masa sebenar. Indeks ini boleh membantu anda untuk meramalkan pergerakan harga bagi pasangan matawang major di pasaran Forex dan mencari peluang untuk membuka urusniaga Forex.