• 25 May 2023
  • Cara untuk bermula

Bilakah Pasaran Forex Dibuka?

Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari, lima hari seminggu. Sesi perdagangan dibuka serentak dengan pembukaan pasaran saham di wilayah tertentu. Biasanya, volum perdagangan lebih tinggi apabila ada dua atau lebih sesi bertindih. Masa perdagangan Forex sentiasa bermula di Australia dan New Zealand dan kemudian merambat ke Asia. Kemudian, tiba giliran Eropah, dan akhirnya disertai oleh Amerika Syarikat dan Kanada.

Anda boleh berdagang pada bila-bila masa yang anda mahu sepanjang suatu minggu perdagangan. Anda boleh membuka posisi matawang anda dan membiarkannya aktif selama beberapa jam atau kurang (perdagangan intrahari) atau selama beberapa hari (perdagangan jangka panjang) – mengikut kesesuaian anda.

Anggaran masa sesi perdagangan (GMT)

Terdapat empat jenis sesi perdagangan Forex: Australia (Sydney), Asia (Tokyo), Eropah (London), dan Amerika Utara (New York). Sesetengah pedagang merujuk pada sesi-sesi ini dengan nama benua, sementara yang lain memanggilnya berdasarkan nama kota kewangan utama sesi tersebut.

Minggu perdagangan bermula pada pagi Isnin di New Zealand, tatkala seluruh dunia masih lagi berada pada hari Ahad.

  • Sesi perdagangan Australia berlangsung dari 21:00 hingga 06:00 (UTC+0);

  • Sesi perdagangan Tokyo bermula pada tengah malam dan berakhir pada 09:00 (UTC+0);

  • Sesi perdagangan London berlangsung selama sembilan jam, dari 07:00 hingga 16:00 (UTC+0);

  • Akhir sekali, waktu pasaran Forex New York adalah dari 13:00 hingga 22:00 (UTC+0).

Pedagang biasanya memberikan tumpuan mereka kepada salah satu daripada empat sesi perdagangan Forex di atas.

Sesi perdagangan New York dan London adalah yang paling sibuk. Sesetengah pedagang menganggap tempoh pertindihan sesi perdagangan London dan New York sebagai masa yang terbaik untuk perdagangan Forex kerana keaktifan pasaran pada waktu itu.

Sebaliknya, masa antara 19:00 dan 22:00 (UTC+0) mempunyai kemeruapan yang paling rendah. Ini berlaku kerana kebanyakan pedagang Amerika sudah meninggalkan pasaran, dan pedagang Australia mulai masuk.

Adalah penting untuk sentiasa ingat tentang Daylight Saving Time (DST). Ini adalah amalan melaras jarum jam sejam ke belakang pada musim luruh dan sejam ke hadapan pada musim bunga.

Disebabkan ini, masa pasaran Forex berbeza pada musim panas dan musim sejuk. Rajah di bawah menunjukkan waktu perdagangan dalam zon masa UTC+0.

01.png

Jadual perdagangan untuk pelbagai instrumen

Anda perlu ingat bahawa jadual perdagangan berbeza untuk jenis-jenis instrumen yang berbeza. Walaupun kebanyakan pasangan Forex dibuka untuk perdagangan tanpa henti dari Isnin hingga Jumaat, terdapat beberapa pengecualian.

Instrumen seperti logam, minyak, gas, saham-saham AS, dan indeks didagangkan pada hari Isnin hingga Jumaat, tetapi waktu perdagangan mereka berbeza. Waktu pembukaan untuk emas dan perak (XAUUSD dan XAGUSD), USDCNH, EURCNH, dan CNHJPY di pasaran Forex adalah pada pukul 01:00 waktu MetaTrader. Waktu penutupan untuk logam adalah 23:55 waktu MetaTrader. Harga minyak dan gas (XBRUSD, XTIUSD, XNGUSD) dibuka lima minit kemudian, pada pukul 01:05 waktu MetaTrader.

Perdagangan saham-saham AS tersedia pada pukul 16:30-23:00 waktu MetaTrader. Waktu perdagangan bagi saham-saham UK dan Jerman adalah 10:00-18:30 waktu MetaTrader.

Indeks mempunyai jadualnya sendiri. US500, US100, US30, UK100, dan JP225 dibuka dari 01:05 hingga 23:15 waktu MetaTrader dan 23:30 hingga 23:55 waktu MetaTrader pada hari Isnin-Khamis, dan 01:05 hingga 23:10 waktu MetaTrader pada hari Jumaat.

AU200 dibuka dari 02:55 hingga 09:25 waktu MetaTrader, 10:15 hingga 23:55 waktu MetaTrader pada hari Isnin-Khamis, 02:55 hingga 09:25 waktu MetaTrader, dan 10:15 hingga 23:10 waktu MetaTrader pada hari Jumaat.

HK50 dibuka tiga kali sehari: 03:20-05:55, 07:05-10:25, dan 11:20-18:55 waktu MetaTrader. ES30 dibuka dari 10:05 hingga 20:55 waktu MetaTrader.

Matawang kripto tersedia untuk didagangkan sepanjang minggu.

Jadual di bawah akan membolehkan anda menyemak waktu perdagangan yang tepat untuk mana-mana instrumen yang anda boleh dagangkan dengan FBS.

02.png

Sebab-sebab untuk perdagangan 24 jam

Perdagangan 24 jam di pasaran Forex membolehkan peserta pasaran di seluruh dunia untuk berdagang pada bila-bila masa yang dirasakan mudah bagi mereka. Sebagai contoh, pedagang dari Amerika Syarikat boleh berdagang bersama seorang pedagang di Eropah pada waktu bisnes tempatan masing-masing.

Kecairan pasaran Forex juga memainkan peranan penting dalam proses perdagangan tanpa henti: pedagang boleh membeli dan menjual matawang melalui platform perdagangan dalam satu klik, walaupun di luar waktu bekerja.

Selain itu, perdagangan 24 jam di pasaran Forex membolehkan peserta mengambil kesempatan daripada berita di luar waktu kerja mereka. Oleh itu, pedagang boleh mengakses instrumen perdagangan pada bila-bila masa, bertindak balas terhadap perubahan pasaran dan kejadian yang tidak dijangka.

Ini apa yang anda perlu tahu tentang jadual perdagangan:

  • Pasaran Forex membolehkan pedagang berdagang 24 jam sehari, lima hari seminggu, dengan sesi perdagangan yang sepadan dengan waktu pembukaan pasaran saham di pelbagai bahagian dunia.

  • Empat sesi perdagangan utama adalah Australia, Asia, Eropah, dan Amerika Utara, dengan yang paling sibuk adalah sesi London dan New York.

  • Penting untuk diingat bahawa jadual perdagangan adalah berbeza-beza untuk jenis-jenis instrumen yang ada. Untuk mengelakkan kekeliruan, pedagang perlu menyemak waktu perdagangan yang tepat untuk mana-mana instrumen perdagangan yang mereka ingin dagangkan. Mereka boleh mendapatkan maklumat ini dalam Buku Panduan FBS, atau menyemak spesifikasi setiap instrumen secara terus melalui MetaTrader.

  • Perdagangan 24 jam di pasaran Forex membolehkan pedagang mengambil kesempatan daripada berita dan perubahan pasaran di luar waktu kerja mereka memandangkan harga di pasaran Forex sentiasa turun dan naik.

Terima kasih kerana membaca artikel ini, dan selamat berdagang!

BERDAGANG SEKARANG

Kongsi kepada rakan-rakan: