• 6 Nov 2023
  • Cara untuk bermula

Apakah itu Forex

Forex (FX) atau Pertukaran Matawang Asing adalah pasaran di mana matawang dari pelbagai negara dijualbeli antara satu sama lain. Forex adalah salah satu dari pasaran kewangan terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai matawang.

Pasaran Forex berfungsi 24 jam sehari, lima hari seminggu. Ini bermakna sesiapa sahaja di seluruh dunia boleh mencapai akses kepada perdagangan matawang – mereka boleh membeli dan menjual matawang pada bila-bila masa sepanjang hari bekerja.

Di pasaran elektronik era ini, anda tidak perlu hadir secara fizikal di bursa matawang. Jual-beli matawang sesebuah negara melawan matawang negara lain berlaku dalam talian. Pedagang membuka posisi matawang tertentu menjangkakan harga akan naik atau turun bergantung pada situasi pasaran. Pedagang boleh menghasilkan keuntungan daripada pergerakan harga ini.

Tidak ada cara untuk memperdagangkan matawang secara unilateral. Perdagangan adalah satu proses yang relatif – bila satu pihak membeli, harus ada pihak yang menjual. Disebabkan perbezaan antara transaksi ini, sesetengah pedagang mendapat manfaat, dan yang lain kerugian wang.

What_Is_Forex.png

Bagaimana FX berfungsi

Salah satu aspek yang paling penting dalam pasaran Forex ialah ia beroperasi sebagai satu struktur yang terdesentralisasi (terpencar). Dalam erti kata lain, tiada lokasi fizikal di mana pelabur pergi untuk berdagang matawang.

Para pemain pasaran berada di serata dunia. Mereka menggunakan internet untuk menyemak sebut harga pelbagai pasangan matawang dari pelbagai tempat. Pusat-pusat kewangan global terbesar membentuk pasaran Pertukaran Matawang Asing terbesar. London, New York, Singapura, Tokyo, Frankfurt, Hong Kong, dan Sydney adalah bandar-bandar yang menjadi lokasi pusat-pusat ini.

Mereka yang ingin berdagang Forex tidak boleh mula memperdagangkan pasangan matawang sebenar dengan begitu sahaja kerana pasaran-pasaran ini adalah untuk pemain-pemain besar: bank, kerajaan, dan institusi kewangan. Untuk mengakses pasaran matawang, pedagang memilih broker Forex yang menghubungkan mereka dengan aliran pasaran antarabangsa.

Pemain utama Forex

Perdagangan Forex melibatkan ramai individu dan organisasi. Sebahagian daripada mereka berdagang untuk mendapatkan keuntungan. Yang lain pula berdagang untuk melindung nilai risiko mereka. Selain daripada itu, sesetengah daripada mereka menggunakan matawang asing untuk membayar barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Walau bagaimanapun, itu adalah contoh kehidupan sebenar, dan bukannya senario perdagangan.

Pemain-pemain FX yang terbesar adalah bank-bank terbesar seperti Citi, UBS, Barclays, Deutsche Bank, Goldman Sachs, dan Bank of America. Bank-bank ini dan bank-bank lain, dikenali secara kolektif sebagai pasaran interbank, menguruskan banyak sekali transaksi kewangan setiap hari.

Syarikat-syarikat komersial besar juga mengambil bahagian dalam pasaran Pertukaran Matawang Asing untuk tujuan perniagaan. Syarikat-syarikat ini termasuk Apple, Facebook, dan Microsoft. Penggabungan dan pengambilalihan syarikat-syarikat ini boleh mewujudkan turun naik dalam kadar pertukaran matawang. Disebabkan oleh penggabungan dan pengambilalihan rentas sempadan antarabangsa ini, berlaku penukaran matawang dalam amaun yang besar dan ia menggerakkan harga. Walau bagaimanapun, kesannya biasanya lemah.

Selain daripada bank-bank dan syarikat komersial besar, antara peserta pasaran Forex yang sentiasa aktif adalah kerajaan-kerajaan dan bank-bank pusat seperti ECB (Bank Pusat Eropah), BoE (Bank of England), dan Rizab Persekutuan AS.

Kerajaan juga mengambil bahagian dalam pasaran Forex untuk menangani rizab tukaran asing dan melakukan pelbagai operasi perdagangan. Bank-bank pusat mempengaruhi pasaran dengan dasar dan pengumuman mereka. Mereka boleh mengawal inflasi dan menggunakan kadar faedah untuk tujuan ini.

Selain daripada bank, syarikat multinasional, kerajaan serta para pelabur yang mencari risiko sentiasa bersedia untuk berspekulasi.

Adalah lebih baik untuk menumpukan perhatian kepada tujuan sebenar perdagangan pasaran dan mempunyai kefahaman yang jelas mengenai apa yang dimaksudkan dengan spekulasi: pembelian dan penjualan matawang dengan niat untuk membuat keuntungan.

Pedagang runcit yang biasa kita temui adalah golongan yang suka mengambil risiko. Kumpulan ini termasuk individu yang berdagang setiap hari atau setiap minggu untuk mendapatkan wang sebanyak mungkin. Mereka mengkaji berita ekonomi dan politik, penyata bank, siaran statistik, dan pengumuman awam untuk meramalkan potensi pergerakan harga pada masa hadapan.

Pedagang yang lain lebih suka bergantung pada indikator teknikal dan kurang memberikan perhatian kepada berita.

Bagaimana cara operasi Forex

Broker memberikan pedagang akses kepada pasaran Forex. Broker adalah syarikat yang menghubungkan orang ramai dan pasaran interbank di mana semua proses perdagangan berlaku. Sesiapa pun dapat berdagang di pasaran dengan bantuan broker Forex.

Broker menyediakan program perisian dan servis yang selamat dan terjamin untuk perdagangan, di mana pedagang boleh melihat sebut harga matawang secara masa nyata dan membuat pesanan untuk membeli atau menjual posisi (matawang) hanya dengan beberapa klik.

Jika anda ingin memulakan kerjaya perdagangan anda, anda hanya perlu membuka akaun dengan broker Forex pilihan anda. FBS sangat sesuai untuk peranan itu.

Cara memilih broker Forex dengan betul

Apabila memilih broker, beri perhatian kepada tiga parameter utama ini:

  • Tahap pengalaman & kepakaran;
  • Kawalan selia pihak berkuasa;
  • Reputasi.

Mengapa ciri-ciri ini menunjukkan keandalan? Jawapannya mudah – semua kriteria ini membuktikan bahawa broker tersebut cukup layak dipercayai untuk memberikan servis kewangan. Pengalaman dalam pasaran bermakna broker cukup berkelayakan untuk mengatur proses perdagangan, mengambil kira pelbagai kerumitan teknikalnya. Tentang kawalan selia, parameter ini menjadikan aliran kerja telus dan selamat untuk syarikat dan pelanggannya. Broker yang berlesen menjamin perlindungan untuk pedagang dan dana mereka. Akhir sekali, reputasi berguna untuk menduga ketulusan (goodwill) sesebuah syarikat dan tanggapan umum mengenainya. Ia menyerlahkan seberapa mesra dan suportif suatu broker itu terhadap pelanggannya.

FBS adalah sebuah broker yang berlesen. Ia menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggannya sejak tahun 2009, dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu peneraju pasaran. Syarikat ini telah menerima banyak pengiktirafan dan anugerah antarabangsa. Setelah berkecimpung selama lebih 14 tahun dalam pasaran, syarikat ini sentiasa berorientasikan pelanggan. Sungguhpun ia sudah mengecapi kejayaan di serata dunia, FBS tetap berusaha untuk memenuhi keperluan setiap pedagang yang menggunakannya. Pasukannya sentiasa ada dan bersedia untuk membantu – chat khidmat pelanggan mereka beroperasi 24/7.

Akhir sekali, kepelbagaian terma perdagangan adalah salah satu faktor utama yang perlu dipertimbangkan apabila memilih broker. Teliti semua terma pelaksanaan, spread, dan komisen yang ditawarkan oleh broker. Semak sama ada terdapat pilihan bebas swap. FBS terkenal dengan pelaksanaan sub-saat, spread yang bermula dari serendah 0 pip, bonus deposit 100% untuk perdagangan, dan banyak perkhidmatan hebat lain untuk perdagangan yang sangat cemerlang dan gemilang. Kami beriltizam untuk memberikan pedagang hanya yang terbaik dalam Forex!

Tutorial ini memberikan anda beberapa poin penting berkenaan Forex dan pertukaran asing. Sila lihat kursus seterusnya dan tingkatkan kemahiran perdagangan anda.

BERDAGANG SEKARANG

Kongsi kepada rakan-rakan: