• 20 Dec 2023
  • Cara untuk bermula

Apa Itu Bid, Ask, dan Spread?

Berapakah kos yang anda perlu bayar bila berdagang di pasaran Forex? Cara yang paling lazim digunakan oleh broker untuk mengenakan caj ke atas pedagang untuk berurusniaga di pasaran matawang adalah spread. Di sini kami akan menerangkan bagaimana spread berfungsi.

Apakah itu spread?

Spread adalah satu konsep yang konvensional di pasaran kewangan. Ia adalah perbezaan antara harga terendah yang sanggup penjual terima untuk melepaskan suatu aset dan harga tertinggi yang sanggup dibayar oleh pembeli yang ingin mendapatkan aset tersebut.

Anda pasti pernah berurusan dengan spread jika anda pernah hadir ke bank atau kiosk pengurup wang untuk mendapatkan matawang asing. Bank sentiasa menunjukkan dua sebut harga matawang – satu harga yang ia tawarkan untuk membelinya daripada anda dan satu harga di mana ia bersedia untuk menjualnya kepada anda. Spread antara kedua-dua harga ini memberikan bank laba daripada operasi pertukaran asing yang ia lakukan untuk anda.

Setiap aset mempunyai harga bid and ask. Apabila anda membeli suatu aset, FBS membuka pesanan anda pada harga ask, dan begitulah juga sebaliknya; apabila anda menjual aset tersebut, FBS membuka pesanan anda pada harga bid. Spread bid-ask Forex adalah fi (yuran) untuk melakukan perdagangan. Spread yang lebih kecil bererti pedagang menikmati terma perdagangan yang lebih baik.

Bagaimana spread bid-ask berfungsi?

Ada dua pihak dalam urusniaga di pasaran kewangan: pembeli dan penjual. Pembeli mahu membeli aset pada harga serendah yang mungkin. Penjual, sebaliknya, mahu menjual aset pada harga yang tertinggi. Dua pihak ini mewujudkan harga belian yang dipanggil bid dan harga jualan yang dipanggil ask.

Spread adalah perbezaan antara harga bid dan ask, jadi formula spread Bid-Ask kelihatan seperti ini: Ask – Bid = Spread.

Kesimpulannya:

  • Harga yang kita bayar untuk membeli suatu pasangan dipanggil ask. Ia sentiasa lebih tinggi sedikit daripada harga pasaran;
  • Harga di mana kita menjual suatu pasangan di Forex dipanggil bid. Ia sentiasa rendah sedikit dari harga pasaran;
  • Harga yang kita lihat pada carta adalah harga bid;
  • Harga ask sentiasa lebih tinggi daripada harga bid sebanyak beberapa persepuluh pip;
  • Spread adalah perbezaan antara kedua-dua harga ini.

SPREAD = ASK – BID

Sebagai contoh, harga Bid/Ask matawang EUR/USD adalah 1.12502/1.12506. Anda akan membeli pasangan ini pada harga ask yang lebih tinggi iaitu 1.12506 dan menjualnya pada harga bid yang lebih rendah iaitu 1.12502. Ini adalah spread sebanyak 4 poin.

Jenis-jenis spread

Jenis-jenis spread yang ada bergantung pada polisi suatu broker. Spread boleh bersifat malar (fixed, constant) atau terapung (floating).

Spread malar

Spread malar kekal sama tidak kira apa jua keadaan di pasaran, pada bila-bila masa. Dengan cara itu, anda tahu berapa banyak yang akan anda bayar untuk urusniaga anda. Seperkara lagi yang bagus mengenainya adalah betapa broker tidak boleh membesarkan spread walaupun keadaan berubah di pasaran.

Spread terapung

Spread terapung atau boleh ubah, sebaliknya, sentiasa berubah-ubah. Ia akan melebar atau menguncup berdasarkan bekalan dan permintaan matawang dan ketidaktentuan pasaran secara keseluruhan. Spread terapung biasanya meningkat semasa acara ekonomi penting berlangsung dan pada hari cuti bank bilamana kecairan pasaran adalah rendah. Walau bagaimanapun, apabila pasaran tenang, ia boleh turun menjadi lebih rendah daripada spread yang malar.

Cara memilih spread yang optimum

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan bagi perdagangan anda adalah untuk mencari broker dengan spread yang rendah, kerana ia adalah kayu ukur yang utama bagi semua fi yang akan anda bayar untuk aktiviti perdagangan anda. FBS menyediakan spread yang amat bagus untuk pasangan-pasangan perdagangan yang paling popular, memudahkan anda berdagang tanpa perlu berasa bimbang.

Jenis spread yang optimum bergantung pada kecenderungan anda sebagai pedagang. Secara umumnya, pedagang dengan akaun yang lebih kecil dan tidak begitu kerap berdagang akan mendapat lebih banyak manfaat daripada spread yang malar/tetap. Pedagang dengan akaun yang lebih besar yang berdagang dengan kerap pada waktu puncak pasaran (bilamana spread adalah yang paling tipis) dan mahu pelaksanaan urusniaga yang pantas akan meraih manfaat daripada spread terapung yang berubah-ubah.

Mengira kos

Ambil perhatian bahawa kos spread di Forex biasanya cukup kecil (negligible) berbanding kos di pasaran saham atau opsyen. Oleh kerana spread dinyatakan dalam sebutan poin, pedagang boleh mengira kos setiap urusniaga dengan mudah dengan mendarabkan bilangan spread dalam sebutan poin dengan nilai tunai bagi setiap 1 poin.

Spread adalah parameter yang penting untuk dipertimbangkan apabila anda memilih broker. Pastikan anda selesa dengan spread yang ditawarkan. Anda sentiasa boleh menguji terma-terma perdagangan syarikat dengan membuka akaun demo tanpa perlu melaburkan wang anda sendiri.

Semakin pendek tempoh urusniaga anda, saiz spread semakin penting untuk anda. Sebagai contoh, jika anda mengekalkan posisi terbuka selama beberapa minit dan keuntungan anda ialah 1 pip, spread 0.3 pip bermakna anda membayar 30% daripada keuntungan anda untuk melaksanakan urusniaga ini. Jika anda mengekalkan urusniaga anda aktif selama sehari, besar kemungkinan akan ada perubahan yang lebih besar pada harga, dan misalkan anda meraih keuntungan sebanyak 100 poin. Dalam kes ini, anda akan membayar hanya 3% daripada keuntungan anda sebagai spread.

Pasangan matawang yang lebih popular mempunyai spread yang lebih kecil. Sebagai contoh, spread untuk urusniaga EUR/USD biasanya sangat kecil atau dalam slanga pedagang, 'tight' (tipis).

Bagaimana cara menyemak spread dalam MetaTrader

Apabila anda mengklik butang Pesanan Baharu, tetingkap muncul di mana anda boleh memasukkan butiran perdagangan anda. Tetingkap ini juga akan menunjukkan harga bid dan ask semasa.

Untuk menambah garisan bid dan ask pada carta anda, klik kanan pada mana-mana bahagian carta anda dan pilih Properties. Kemudian klik tab Show dan tandakan kotak “Show ask price line” dan “Show bid price line”. Klik butang OK, dan garisan-garisan ini akan muncul dalam rangka masa yang lebih pendek (dalam rangka masa yang lebih panjang, garisan bid akan terlihat bertindan dengan garisan ask).

01.png

Jika anda masih tidak dapat melihat garisan ask, semak jika warnanya betul. Kembali ke Properties dan semak warna garisan.

02.png

Anda juga boleh melihat harga bid/ask secara langsung untuk semua instrumen perdagangan yang tersedia jika anda klik View dan kemudian pilih Market Watch.

Apakah yang mempengaruhi saiz spread?

Adakalanya, spread terapung boleh mengembang menjadi sangat besar akibat turun naik pasaran seperti pengumuman ekonomi yang penting, berita, atau apa yang dipanggil Black Swans (peristiwa yang tidak dijangka dan sangat kuat impaknya sehingga boleh menyebabkan pergerakan yang besar). Seiring berjalannya waktu, spread cenderung untuk kembali normal.

Perhatikan bahawa instrumen eksotik juga cenderung untuk mempunyai spread yang tinggi. Sebagai contoh, USDTRY (dolar AS melawan lira Turki) adalah instrumen eksotik, dengan itu ia mempunyai spread yang lebih besar daripada biasa.

Akhir sekali, spread akan melebar apabila kecairan di pasaran berkurangan lantaran kerana cuti bank (cuti umum).

Ringkasan

Spread adalah fi yang dibayar oleh pedagang kepada broker mereka untuk peluang berdagang di pasaran matawang. Ia menyatakan perbezaan antara harga di mana suatu aset pendasar boleh dijual atau dibeli oleh pedagang.

Spread boleh ditetapkan atau terapung, dan jenis spread yang terbaik bergantung pada pilihan pedagang. Jika anda berdagang dengan lebih kerap, anda akan menyukai spread yang tipis/ketat. Memilih broker dengan spread yang rendah adalah disyorkan untuk meminimumkan kos yang berkaitan dengan perdagangan dan memaksimumkan pulangan.

Di samping itu, adalah penting untuk maklum bahawa spread sering disebut dalam sebutan poin, iaitu unit pergerakan harga yang terkecil dalam forex. Pedagang harus memahami konsep spread dan jenis-jenis spread yang ditawarkan oleh broker untuk membuat keputusan perdagangan secara bermaklumat dan mengurus kos mereka dengan berkesan.

Kongsi kepada rakan-rakan: