Cara yang terbaik untuk mempelajari sesuatu yang baru adalah dengan belajar dalam persekitaran yang selamat. Belajar berdagang juga begitu. Kebanyakan broker menawarkan akaun demo forex, membolehkan anda mencuba pasaran forex tanpa wang. Mari kita bincangkan semua peluang yang anda boleh dapat menggunakan akaun demo.
Apa itu akaun demo forex?
Akaun demo forex adalah akaun perdagangan maya di mana anda boleh berdagang dengan dana maya. Ia disambungkan ke platform perdagangan langsung untuk menerima data pasaran masa nyata. Kebanyakan broker forex menawarkan akaun demo semasa pendaftaran.
Menggunakan akaun demo bermakna anda boleh menguji ciri-ciri yang ada tanpa perlu merisikokan wang sebenar. Sebaik sahaja anda sudah biasa dengan operasi asas dan yakin boleh menggunakan akaun demo forex di MT4 atau MT5, anda akan bersedia untuk meneruskan perdagangan dengan wang sebenar.
Mengapa pedagang baharu perlu mencuba akaun demo forex?
Pedagang pemula boleh menggunakan akaun demo untuk bereksperimen dengan berdagang di pelbagai pasaran, berdagang pada masa yang berbeza setiap hari dan mencari strategi perdagangan yang berkesan.
Dalam akaun demo forex, anda tidak berdagang dengan wang sebenar. Sebaliknya, akaun ini meniru pengalaman perdagangan Forex sebenar, membolehkan anda mempelajari cara menggunakan ciri dan fungsi platform.
Akaun demo membolehkan anda belajar tentang mekanik perdagangan forex dan menguji kemahiran dan proses perdagangan anda dengan risiko sifar. Jika anda baru dalam perdagangan atau perdagangan mata wang, adalah idea yang baik untuk mengetahui sama ada anda menikmati perdagangan forex sebelum membuat sebarang komitmen kewangan.
Anda akan diperuntukkan sejumlah besar wang maya untuk berdagang. Sebagai pedagang pemula, anda harus menyasarkan untuk membuat sekurang-kurangnya 50 urusniaga demo sebelum berdagang dengan wang sebenar.
Mengulangi proses beberapa kali memastikan anda tahu cara membuka dan menutup perdagangan dengan cepat, yang menjadikan anda mahir dalam membuat pesanan.
Perdagangan forex sangat berat dalam pelbagai aspek dan ia memerlukan komitmen dan masa. Selepas mengetahui lebih lanjut tentang perdagangan forex dan berlatih di akaun demo forex, anda boleh membuat keputusan sama ada ia sesuai dengan personaliti dan gaya hidup anda.
Pro dan kontra perdagangan demo
Akaun demo adalah cara yang terbaik untuk melatih kemahiran anda di platform perdagangan MT4 dan MT5. Ia juga membolehkan anda melatih kemahiran perdagangan anda tanpa membazirkan wang sebenar. Ia mungkin kedengaran mengasyikkan, tapi ada beberapa kelemahan untuk dipertimbangkan.
Pertama, akaun demo forex menawarkan lebih banyak wang daripada yang akan digunakan oleh pedagang semasa perdagangan sebenar kerana pedagang boleh memilih mana-mana amaun untuk latihan. Walau bagaimanapun, orang sering memilih lebih daripada yang mereka benar-benar akan dagangkan dalam kehidupan sebenar. Mereka mengambil wang tambahan untuk kesilapan, tetapi pada akaun sebenar (langsung), pedagang tidak akan mempunyai kusyen keselamatan yang begitu besar.
Kedua, perdagangan akaun demo tidak mempunyai emosi sebenar. Tiada rasa takut apabila anda tidak rugi apa-apa. Ketakutan mempengaruhi tingkah laku pedagang, dan tidak ramai yang dapat mengawal emosi mereka. Kesannya, berlatih untuk mengasah kemahiran anda tatkala anda tidak tahu bagaimana anda akan bertindak di bawah tekanan yang kuat tidak akan memberikan anda gambaran yang lengkap tentang pengalaman tersebut.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan tentang masalah ini? Kami akan memberitahu anda dalam bahagian seterusnya dalam artikel ini.
Daripada demo kepada akaun sebenar: pelan tindakan.
Jika anda mengikuti beberapa peraturan, akaun demo forex boleh menjadi alat latihan yang berguna.
Pilih amaun yang sama seperti yang anda akan punyai apabila berdagang di akaun sebenar. Bayangkan wang yang anda ada di akaun demo adalah wang sebenar, dan keuntungan serta kerugian juga sebenar. Ingat bahawa jika anda gagal memperoleh keuntungan pada akaun demo forex, anda tidak akan dapat melakukannya pada akaun sebenar. Cuba belajar perdagangan forex, dan berkembang semasa menggunakan akaun demo.
Langkah 1. Bina, kembangkan, dan tambah baik strategi perdagangan
Setiap strategi perdagangan berbeza, jadi pedagang yang paling berpengalaman pun boleh mendapat manfaat dengan menggunakan akaun demo sebelum berdagang dengan wang sebenar di platform pilihan mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin mahu menggunakan akaun demo forex untuk menguji strategi baharu, atau menggunakan yang lama dengan aset lain.
Langkah 2. Menguasai ilmu psikologi perdagangan
Ramai pedagang bergelut untuk mengawal emosi mereka apabila mereka untung atau rugi dalam perdagangan. Matlamat utama anda adalah untuk menguruskan tindak balas emosi anda dengan cara yang membantu kadar keberuntungan. Keupayaan untuk menangani reaksi psikologi semula jadi, seperti berharap, takut, atau tamak, membezakan pedagang yang berjaya dengan pedagang yang gagal.
Anda boleh menggunakan akaun demo untuk memantau kondisi psikologi anda semasa membuka atau menutup urusniaga perdagangan anda. Agar usaha ini lebih berkesan, anda harus berpura-pura bahawa akaun demo tersebut adalah akaun sebenar. Cuba tuliskan semua emosi anda semasa anda membuka perdagangan dalam akaun demo.
Langkah 3. Pengurusan wang: mencipta pelan perdagangan
Pengurusan wang adalah komponen yang penting dalam sistem perdagangan anda. Jika strategi perdagangan memberitahu anda bila untuk membeli dan bila untuk menjual, pengurusan wang membantu anda menentukan jumlah wang yang akan digunakan.
Anda mungkin menemui titik masuk yang ideal tetapi masih kerugian wang lantaran kerana sistem pengurusan wang yang lemah.
Akaun demo akan mengajar anda cara menguruskan dana perdagangan anda dengan betul dalam setiap urusniaga yang anda buka.
Selepas mempelajari ciri-ciri pengurusan wang, memupuk tindak balas psikologi yang betul, dan berlatih menerapkan idea-idea perdagangan anda secukupnya, anda boleh dikatakan sudah bersedia untuk mencipta pelan perdagangan anda dan beralih ke akaun sebenar.
Semasa anda menggunakan akaun demo forex, kami mengesyorkan anda membuat jurnal perdagangan dan menganalisis pesanan anda selepas menyelesaikannya. Pendekatan ini membantu anda memperbaiki kesilapan yang anda buat dan belajar daripadanya.
Summary (Ringkasan)
Dengan akaun demo forex, anda boleh berlatih menggunakan data sebenar tanpa sebarang risiko kehilangan wang. Dengan cara ini, anda akan dapat mempelajari semua yang anda perlukan untuk menjadi pro forex dalam masa yang singkat.