• 6 Nov 2023
  • Cara untuk bermula

Pasangan Matawang Dalam Perdagangan Forex

Mari kita mulakan dengan perkara yang paling asas: Forex, atau FX, adalah pasaran pertukaran matawang asing di mana matawang didagangkan.

Setiap matawang biasanya dirujuk menggunakan kod ringkas yang mengandungi tiga huruf. Secara umumnya, untuk membantu pedagang mengenali matawang tersebut tanpa perlu menghafal setiap kod yang ada, dua huruf pertama mewakili nama negara, dan yang ketiga adalah nama matawang. Sebagai contoh, USD bermaksud Amerika Syarikat - dolar, GBP ialah Great Britain - pound, dst.

Apabila anda mula belajar tentang perdagangan Forex, anda akan melihat bahawa matawang didagangkan secara berpasangan: EURUSD, AUDCHF, NZDJPY, dll. Apabila membuat pesanan di Forex, anda membeli matawang pertama (matawang asas) dan menjual matawang kedua (matawang sebutharga). Sebagai contoh, jika anda memilih pasangan EURUSD untuk dibeli, anda membeli euro dan menjual dolar.

Apakah itu matawang asas dan matawang sebutharga?

Matawang asas (base currency) dan matawang sebutharga (quote currency) adalah dua komponen yang membentuk suatu pasangan FX – itu sahaja! Pasangan matawang Forex mempunyai struktur yang sangat mudah: yang pertama adalah matawang asas, dan yang kedua adalah matawang sebutharga, juga dikenali sebagai matawang lawan (counter currency). Harga yang anda lihat di pasaran adalah nilai semasa bagi matawang asas Forex yang disebut dalam matawang sebutharga. Sebagai contoh, jika kadar EURUSD dikatakan 1.22, itu bererti satu euro sama nilainya dengan 1.22 dolar AS ($1 dan 22¢).

Currency_Pairs_in_Forex_Trading.png

Dalam pasangan, satu matawang akan lebih kuat berbanding yang lain. Walau bagaimanapun, kekuatan suatu matawang tidak kekal selamanya dan ia boleh berubah atas pelbagai sebab; biasanya ia terjadi sebagai kesan daripada peristiwa kewangan penting di rantau berkenaan. Inilah sebabnya mengapa menilai suatu matawang dengan membandingkannya antara satu sama lain adalah suatu yang amat munasabah.

Jenis pasangan: major, silang (cross pairs), dan eksotik

Pasangan matawang major

Pasangan-pasangan Forex yang paling popular, juga dikenali sebagai major atau pasangan major, membentuk sebahagian besar daripada urusniaga di pasaran:

Seperti yang anda lihat, semua pasangan matawang major Forex mengandungi USD dan satu lagi matawang yang sangat popular. Bersama-sama, kesemua pasangan ini membentuk kira-kira 75% daripada semua urusniaga – justeru itulah namanya seperti itu. Pasasngan-pasangan major adalah pasangan matawang yang paling lancar untuk didagangkan lantaran kecairannya yang tinggi dan kemeruapannya (turun naik) yang normal. Natijahnya, spread bagi urusniaga pasangan major lebih rendah berbanding spread pasangan silang (cross pairs) atau eksotik, menjadikannya pasangan matawang yang terbaik untuk didagangkan.

Pasangan matawang silang

Pasangan matawang popular yang terdiri daripada matawang major selain daripada dolar AS biasanya dipanggil pasangan silang atau "cross pairs".Walau bagaimanapun, pasangan ini masih mengandungi beberapa matawang yang paling banyak didagangkan, seperti EUR, GBP, AUD, CAD, NZD, CHF dan JPY:

Apabila matawang-matawang ini didagangkan, ia akan ditukar menjadi dolar Amerika terlebih dahulu, yang bermakna pedagang sebenarnya akan membuat dua transaksi dan ini boleh menyebabkan kerugian. Walaupun USD masih lagi sangat popular di pasaran, peningkatan populariti perdagangan Forex telah menjadikan perdagangan pasangan silang lebih lazim dan mudah.

Pasangan matawang eksotik

Satu lagi kategori pasangan matawang FX yang ada adalah pasangan eksotik. Secara umumnya, salah satu matawang yang membentuk pasangan eksotik adalah matawang yang popular, seperti USD, dan yang satu lagi pula adalah matawang yang jarang-jarang dilihat, biasanya matawang ekonomi membangun atau sedang pesat membangun. FBS menawarkan 44 pasangan eksotik untuk didagangkan. Berikut sebahagian daripadanya:

Lihat senarai penuh matawang eksotik.

Kepentingan jenis pasangan matawang

Kategori-kategori ini biasanya mencerminkan kecairan dan kemeruapan pasangan matawang.

Dua faktor utama yang terkesan oleh jenis pasangan matawang adalah kecairan dan kemeruapan.

  • Kecairan menunjukkan betapa berminatnya pedagang lain dalam pasangan ini. Pasangan yang lebih popular (contohnya pasangan major) mempunyai kecairan yang lebih tinggi. Lantaran itu, anda boleh membeli dan menjual EURUSD dalam kuantiti yang besar dengan mudah tanpa risiko gelinciran.

  • Kemeruapan adalah julat nilai harga dalam tempoh tertentu (hari, minggu, bulan, dll.), yang menunjukkan kestabilan suatu matawang. Ia bergantung pada bilangan pesanan dengan matawang berkenaan di pasaran, kesejahteraan ekonomi di rantau berkenaan, dan peristiwa-peristiwa makroekonomi tertentu.

Matawang dengan kecairan yang lebih rendah mengalami kemeruapan yang lebih tinggi dan sebaliknya. Biasanya, semakin rendah populariti suatu pasangan, semakin tinggi kemeruapannya. Kemeruapan yang tinggi berisiko bagi pedagang, walaupun ia boleh membawa keuntungan yang lebih besar: semuanya bergantung pada gaya dan strategi perdagangan anda.

Untuk menjadi pedagang yang lebih baik, anda perlu sentiasa peka dengan aspek-aspek ini.

Pedagang harus menganalisis tingkah laku pasangan matawang major dan pasangan matawang jenis lain (silang, eksotik). Ia akan membantu mereka memahami matawang mana yang akan menjadi yang terkuat dan yang mana pula akan menjadi yang paling lemah dalam tempoh tertentu. Berdasarkan maklumat ini, pedagang boleh membina strategi perdagangan dengan betul.

Selain itu, oleh kerana matawang major kurang meruap dan mempunyai lebih banyak kecairan, ia lebih sesuai untuk scalper dan pedagang intrahari. Sebaliknya, matawang silang dan eksotik sesuai untuk pedagang swing lantaran turun naiknya yang tinggi.

Kongsi kepada rakan-rakan: