• 15 June 2023
  • Analisis teknikal

Rangka Masa Terbaik Untuk Trading

Salah satu konsep yang paling penting, tanpanya trading adalah mustahil, ialah rangka masa (timeframe).

Mari kita ketahui apa itu rangka masa dan cara menggunakannya. Selepas membaca artikel ini, anda juga akan mempelajari cara-cara menggunakan beberapa rangka masa secara serentak dalam perdagangan anda, meningkatkan kecekapan sistem trading anda dengan ketara.

Apa Itu Rangka Masa?

Rangka masa adalah tempoh pergerakan harga.

Sebagai contoh, jika rangka masa adalah 5 minit, ini bermakna bahawa pada carta aset yang dipilih, anda akan melihat bagaimana harga berubah setiap lima minit. Jika anda menggunakan carta Bar atau Candlestick Jepun, ini bermakna candlestick/bar baru akan muncul pada carta setiap lima minit.

Jika rangka masa adalah satu hari, sebatang candlestick atau bar baharu akan muncul pada setiap hari perdagangan baharu.

Untuk berjaya dalam trading, anda mesti terlebih dahulu memilih rangka masa yang akan anda gunakan dengan strategi perdagangan anda dan yang akan menerima signal daripada sistem perdagangan untuk membuka/menutup transaksi.

Rangka masa ini dipanggil rangka masa kerja.

Sila ambil perhatian bahawa peraturan berikut terpakai apabila memilih rangka masa:

Semakin tinggi rangka masa yang dipilih, semakin tinggi ketepatan signal dan semakin rendah risikonya.

Semakin singkat rangka masa yang dipilih, semakin rendah ketepatan dan semakin tinggi risikonya.

Trend harga sentiasa lebih kuat pada rangka masa yang lebih tinggi berbanding pada rangka masa yang lebih rendah. Sebagai contoh, jika harga bergerak naik pada rangka masa harian (trend bullish), dan harga bergerak turun pada rangka masa 4 jam bagi aset yang sama (trend bearish), trend bullish masih lagi lebih kuat daripada yang bearish.

Apakah Rangka Masa Yang Utama Dalam Forex?

Rangka masa yang utama dalam Forex adalah 1 minit, 5 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 4 jam, satu hari, satu minggu, dan satu bulan.

Setiap rangka masa berikutnya adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya.

Setiap rangka masa yang terdahulu adalah lebih rendah berbanding yang seterusnya.

Secara konvensionalnya, anda boleh membahagikan rangka masa kepada kumpulan-kumpulan berikut: rendah, sederhana, dan tinggi.

Rangka masa rendah adalah 1 minit, 5, dan 15 minit.

Rangka masa sederhana/pertengahan adalah 30 minit, 1 jam, dan 4 jam.

Rangka masa tinggi adalah satu hari, satu minggu, dan satu bulan.

01.png

Dengan menganalisis rangka masa yang lebih rendah, kita menganalisis tingkah laku jangka pendek harga aset; dengan memeriksa rangka masa jangka sederhana, kita menganalisis trend jangka sederhana; dan dengan menganalisis rangka masa yang lebih tinggi, kita melihat trend jangka panjang.

Rangka Masa Manakah Yang Terbaik Untuk Trading?

Tidak wujud konsep rangka masa yang terbaik untuk trading, dan begitulah juga tiada konsep strategi yang terbaik untuk trading.

Pemilihan rangka masa bergantung sepenuhnya pada kecenderungan subjektif pedagang – pembawaan mereka, strategi perdagangan mereka, dan aset yang akan didagangkan. Adakalanya berlaku situasi di pasaran bilamana sesetengah strategi yang berfungsi dengan baik pada rangka masa yang rendah tidak berfungsi dengan baik pada rangka masa sederhana atau tinggi, dan sebaliknya. Tetapi pasaran boleh berubah. Boleh juga berlaku situasi di mana strategi yang dipilih berhenti berfungsi pada aset atau rangka masa yang dipilih. Kemudian, trader mesti membuat keputusan sama ada untuk menukar strategi, menukar rangka masa, atau mengabaikan terus analisis aset berkenaan.

Rangka Masa Terbaik Untuk Scalping

Trader yang trade pada rangka masa rendah dipanggil scalper.

Scalping adalah pendekatan yang paling berisiko dalam trading; justeru ia melibatkan kadar keberuntungan yang tertinggi.

Scalper cuba menjana pendapatan dalam tempoh masa yang sangat singkat dan biasanya bilangan urusniaga yang dibuka dan ditutup adalah besar.

Pada pendapat kami, rangka masa yang terbaik untuk scalping bukan 1 minit tetapi 5 minit. Scalping pada 1 minit terlalu berisiko.

Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan Intrahari

Perdagangan intrahari adalah gaya perdagangan di mana urusniaga dibuka dan ditutup dalam satu hari perdagangan yang sama. Trader yang menggunakan gaya ini dipanggil trader intrahari atau "day traders".

Trader intrahari kebanyakannya menggunakan rangka masa sederhana, yang paling optimum ialah 1 jam.

Trader intrahari mengambil risiko yang lebih rendah daripada scalper, dan mereka tidak pernah mengekalkan posisi semalaman.

Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan Swing

Perdagangan swing adalah trading dalam tempoh satu minggu.

Trader swing berusaha untuk memburu pergerakan harga secara intra-minggu. Oleh itu, rangka masa mereka adalah sederhana dan tinggi.

Tempoh masa yang optimum untuk perdagangan swing ialah 4 jam dan satu hari.

Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan Posisi

Perdagangan posisi melibatkan penggunaan rangka masa yang lebih tinggi.

Ini adalah pendekatan yang paling lama dalam perdagangan.

Urusniaga dibuka selama beberapa minggu dan kadang-kadang selama beberapa bulan.

Dalam kes ini, rangka masa yang optimum adalah satu hari dan satu minggu.

02.png

Analisis berbilang rangka masa

Sekarang, mari kita lihat cara-cara untuk meningkatkan kecekapan mana-mana sistem trading dengan menggunakan beberapa rangka masa secara serentak.

Alexander Elder, seorang penganalisis teknikal yang terkenal, mencadangkan sistem tiga saringan di mana dua rangka masa harus digunakan secara serentak untuk membuat keputusan yang berimbang. Rangka masa pertama adalah yang rangka masa kerja. Ini adalah rangka masa untuk membuat keputusan untuk membuka/menutup posisi.

Rangka masa kedua adalah rangka masa semakan. Ia rangka masa yang paling hampir dengan rangka masa kerja. Elder mencadangkan untuk mencari rangka masa semakan dengan mendarab rangka masa kerja dengan 3, 4, atau 5. Sebagai contoh, untuk rangka masa kerja 1 jam, rangka masa semakan adalah satu jam * 4 = 4 jam. Untuk rangka masa kerja 1 hari, rangka masa semakan adalah satu hari * 5 = 1 minggu.

Oleh itu, setiap gaya trading akan mempunyai rangka masa pengesahannya, atau, seperti yang sering disebut orang, rangka masa trend.

03.png

Prinsip asas penggunaan dua rangka masa ialah apabila membuka urusniaga, trend dalam kedua-dua rangka masa tidak boleh bercanggah antara satu sama lain.

Sebagai contoh, kita mahu trade mengikut trend dan akan membuka posisi beli dalam rangka masa H1. Dalam kes ini, dalam rangka masa H4, trend juga mesti bullish. Jika trend adalah bearish – adalah lebih baik untuk menahan diri dari membuka urusniaga.

Begitu juga, mari kita andaikan bahawa trader swing membuka urusniaga jual pada rangka masa D1, trading mengikut arah trend semasa. Dalam kes ini, pergerakan mesti bearish pada rangka masa trend W1.

Kesimpulan

Memilih dan menggunakan rangka masa dengan betul adalah komponen yang paling penting dalam mana-mana sistem trading.

Rangka masa memberikan maklumat berharga tentang ke mana harga boleh pergi dan, oleh itu, adalah pembantu yang terbaik untuk pedagang.

Kongsi kepada rakan-rakan: