Platform MT5 menawarkan pelbagai indikator yang memudahkan analisis pasaran. Kebanyakan indikator ini dibina berasaskan formula matematik yang mencerna aksi harga dalam tempoh masa tertentu, membantu kita memvisualkan aspek-aspek penting carta harga.
Untuk menambah indikator baharu pada carta, klik Insert – Indicators. Anda akan menemui indikator yang disenaraikan dan dikategorikan mengikut susunan abjad. Sebagai contoh, pilih Moving Average (Purata Bergerak), iaitu garisan yang memaparkan harga purata untuk sejumlah tertentu tempoh masa yang terkini. Tetapkan parameter indikator tersebut, seperti memilih tempoh: jika anda memilih 14, Moving Average akan mengira purata bagi 14 tempoh terakhir - tidak kira jika ia carta candlestick atau carta bar. Pada peringkat permulaan, anda tidak perlu memberikan terlalu banyak tumpuan kepada parameter lain. Laras suai penampilan indikator dengan menetapkan warna dan ketebalan garisan. Dalam tab Visualization, anda boleh memilih pada rangka masa mana indikator berkenaan akan dipaparkan.
Klik OK, dan Moving Average ditambah pada carta anda. Setiap kali candlestick baru muncul di skrin, MA akan dikira semula. Terdapat dua kaedah tambahan untuk menambahkan indikator ke carta: satu adalah dengan mengklik dua kali pada indikator di Navigator Window, dan yang lain adalah dengan mengklik pada ikon indikator di toolbar utama. Indikator boleh ditindih terus pada carta harga, seperti Moving Average, atau ditunjukkan dalam tetingkap berasingan di bawahnya, seperti indikator RSI.
MT5 dilengkapi dengan satu set indikator teknikal default, tetapi anda juga boleh menambahkan indikator custom yang telah anda muat turun dari internet. Klik File - Open Data Folder, buka fail MQL5, dan kemudian folder "Indicators". Tempelkan (paste) fail indikator custom dan restart MT. Indikator yang dimuat naik akan muncul dalam kategori "Custom".
Tetapan indikator boleh diubah dengan mengklik kanan pada tetingkap carta dan memilih "Indicators list". Pilih indikator yang dikehendaki dan tekan butang "Edit". Selain dari itu, klik kanan pada indikator itu sendiri dan pilih perintah "Properties..." pada menu konteks. Untuk menghapuskan indikator, klik kanan padanya dan pilih “Delete Indicator” atau “Delete Indicator Window”.