Pelajaran 4. Cara menjana lebih banyak pendapatan dan mengurangkan risiko 5-7 minit untuk dibaca

Tanya diri anda soalan ini: apa gunanya menjana sejumlah wang dalam satu urusniaga dan hilang semuanya dalam urusniaga yang seterusnya? Trader pro tahu bahawa untuk terus kekal dalam permainan mereka harus melindungi apa yang ada di tangan mereka. Itulah satu-satunya cara untuk beroperasi dengan menguntungkan.

Langkah seterusnya dalam perjalanan anda ialah pengurusan risiko.

Apa itu pengurusan risiko dan bagaimana ia membantu trader

"Pengurusan risiko adalah radar anda, jaket keselamatan anda, dan pelan kecemasan anda."

Pengurusan risiko membantu anda mengehadkan kerugian dan melindungi modal anda supaya anda tidak menyapu bersih keseluruhan akaun anda dengan satu urusniaga yang buruk. Malah trader profesional juga mengalami kerugian dalam trading — ia sebahagian daripada lumrah permainan ini. Tetapi mereka menguruskan risiko mereka dengan baik, jadi kerugian mereka tidak terlalu menjejaskan mereka.

Berikut adalah beberapa alat yang akan anda gunakan untuk pengurusan risiko:

Renti rugi (SL, Stop Loss):

anggap pesanan ini sebagai brek kecemasan anda. Apabila anda menetapkan pesanan renti rugi, anda dijamin selamat. Ia adalah harga instrumen pada mana urusniaga akan ditutup secara automatik.

Ambilan untung (TP, Take Profit):

lawan kepada renti rugi. Ia adalah pesanan yang menutup urusniaga anda secara automatik apabila aset mencapai tahap keuntungan tertentu. Dengan cara ini, anda mengunci keuntungan tanpa perlu melihat pasaran sepanjang masa.

Jadual berikut menerangkan tentang kedua-dua alat ini.

Istilah

Keterangan

Matlamat

Di mana pedagang meletakkannya

Renti Rugi (SL)

Pesanan yang menutup urusniaga anda secara automatik untuk mengehadkan kerugian.

Meminimumkan risiko jika urusniaga menjadi buruk. Anda boleh mencapai keputusan yang lebih baik dengan lebih kawalan.

Di bawah harga kemasukan untuk urusniaga beli; di atas untuk urusniaga jual.

Ambilan Untung (TP)

Pesanan yang menutup urusniaga anda secara automatik apabila tahap keuntungan tertentu sudah dicapai.

Jika urusniaga berjalan dengan baik, ia memuktamadkan keuntungan yang sudah diperoleh.

Di atas harga kemasukan untuk urusniaga beli; di bawah untuk urusniaga jual.

Dengan renti rugi, anda boleh risikokan suatu amaun yang telah anda tetapkan terlebih dahulu. Tiada tekanan, tiada panik.

Trade sekarang

Cara mengira keuntungan dan kerugian anda

Poin, Lot, dan Leveraj.

Anda memerlukan istilah-istilah perdagangan ini untuk mengira saiz urusniaga anda, dan akhirnya, untuk mengawal urusniaga anda.

Istilah

Takrifan

Contoh

Poin (Pip)

Pergerakan harga terkecil dalam forex. Untuk 0.01 lot EURUSD, pergerakan 1 poin bersamaan dengan $0.01. Untuk 0.1 lof EURUSD, 1 poin bersamaan dengan $0.1, dan untuk 1 lot bersamaan dengan $1.

10 poin = 1 pip.

EURUSD bergerak dari 1.12340 ke 1.12350 (10 poin atau 1 pip).

Lot

Saiz urusniaga (lot standard ialah 100 000 unit)

Anda membeli 1 lot EURUSD = 100 000 EUR

Leveraj

Kawal posisi yang lebih besar dengan modal yang kecil. Darabkan leveraj dengan wang dalam akaun anda untuk mengetahui saiz maksimum urusniaga yang anda boleh buka.

Leveraj 1:1000 bermakna anda boleh membuka urusniaga $100,000 dengan $100 modal sebenar dalam akaun anda ($100 wang anda x 1000 leveraj = $100,000)

Apabila mengira keuntungan anda, anda boleh menggunakan tab Posisi Baharu dalam aplikasi FBS (ditunjukkan di bawah). Anda juga boleh menggunakan Kalkulator Trading di laman web FBS.

Mari kita rungkaikan menggunakan satu contoh:

Anda membeli 1 lot EURUSD pada 1.10000 dengan renti rugi 100 poin dan ambilan untung 200 poin. Ini bermakna urusniaga akan ditutup secara automatik jika harga jatuh 100 poin (kerana renti rugi) atau naik 200 mata (kerana ambilan untung).

Dari jadual di atas, anda tahu bahawa "untuk 1 lot EURUSD, pergerakan 1 poin bersamaan dengan $1."

  • Jika urusniaga melanggar aras renti rugi anda, anda akan rugi $100. Anda boleh dapatkan nombor ini dengan mendarabkan $1 per poin dan 100 poin sebelum SL anda diaktifkan.

  • Tetapi jika ia melanggar ambilan untung anda, anda akan mendapat $200 ($1 per poin didarabkan dengan 200 poin sebelum ambilan untung anda dicapai).

Dalam gambar di bawah, anda boleh lihat contoh pengiraan keuntungan. Ada trader mahu membeli 1 lot EURUSD pada harga 1.08500. Anda boleh nampak suis "Beli apabila harga" (“Buy when rate is”) berstatus aktif. Kami akan menjelaskannya kemudian, dalam pelajaran ini.

  • Harga "Tutup ketika untung" (“close at profit”) adalah ambilan untung. Ia ditetapkan pada harga 1.08700 (200 poin di atas harga kemasukan). Jarak 200 poin bermakna trader ini akan untung $200 jika urusniaga ini berjalan dengan baik.

  • Harga "Tutup ketika rugi" (“close at loss”) ialah renti rugi. Ia ditetapkan pada harga 1.08400 (100 poin di bawah harga kemasukan). Jarak 100 poin bermakna trader itu akan rugi $100 jika urusniaga menjadi teruk.

4_1_MS.png

Sentiasa kira berapa kerugian yang anda mampu tanggung sebelum membuka urusniaga. Anda mensasarkan nisbah untung-rugi sekurang-kurangnya 1:2, bermakna potensi keuntungan anda harus sekurang-kurangnya dua kali ganda saiz potensi kerugian anda.

Bayangkan anda fikir anda telah menemui ‘urusniaga yang 100% tepat’ dan anda meletakkan semua dana anda ke dalamnya. Namun pasaran menentang anda. Dalam beberapa saat, akaun anda disapu licin. Bukan perasaan yang menyeronokkan, bukan?

lesson 4 price fall_optimized.gif

Anda hanya perlu merisikokan sebahagian kecil sahaja daripada akaun anda (1-5%) pada setiap urusniaga. Walaupun urusniaga anda tidak berjalan seperti yang diharapkan, anda masih mampu untuk trade pada hari-hari seterusnya.

Daftar sekarang

Asas-asas strategi trading

Memandangkan anda tahu cara menguruskan risiko dan mengira untung rugi anda, sudah tiba masanya untuk bercakap tentang strategi. Kami akan menerangkan tentang pelbagai jenis strategi dan membuka urusniaga menggunakan semua pengetahuan daripada pelajaran ini.

Mari kita lihat beberapa strategi yang popular:

Mengikut trend (trend following). Seperti kata pepatah, “The trend is your friend.” Dalam strategi ini, anda mengenal pasti pergerakan menaik atau menurun yang kuat dan mengikutinya dengan membuka urusniaga dalam arah yang sama. Setelah urusniaga dibuka, anda boleh biarkan ia terus aktif untuk satu masa yang lama, dan jika trend itu berterusan, keuntungan anda mungkin meningkat. Persoalannya ialah bila masa untuk menutup urusniaga tersebut sebelum harga mula turun.

lesson 4 uptrend 3_optimized.gif

Strategi penembusan. Anda menunggu harga "keluar" dari aras sokongan atau rintangan utama. Apabila itu berlaku, anda menjangkakan pergerakan yang kukuh dan kemudian menutup urusniaga. Dalam kursus ini, kami tidak membincangkan tentang garisan sokongan dan rintangan, jadi sila tinjau dan baca tutorial-tutorial kami untuk itu.

Katakan EURUSD sedang berada dalam trend menaik yang kuat, itu bermakna harga sedang naik. Biasanya, trader menunggu harga jatuh sedikit, dan kemudian mereka akan membuka posisi beli. Trader menunggu sebentar untuk mendapatkan titik masuk yang lebih baik untuk meningkatkan peluang kemenjadian urusniaga mereka.

Inilah yang mungkin anda lakukan sebagai seorang trader:

  1. Buka carta EURUSD dan tunggu titik masuk yang lebih baik. Ia boleh jadi apa sahaja, jadi mari kita andaikan anda mahu masuk pada harga 1.08900.4_2_EN.png
  2. Anda klik Beli dan diperlihatkan tetingkap "Posisi baharu". Di sini, anda boleh menukar saiz pesanan anda. Mari pilih 0.1 lot sebagai contoh. Setiap poin di sini bersamaan dengan $0.1 (cuba ingat kembali pengiraan di atas).
  3. Aktifkan suis "Beli bila harga". Ia memberi anda keupayaan untuk membuka urusniaga pada harga yang anda mahu. Sudah tentu, anda perlu menunggu harga mencapai aras harga ini. Ini sangat membantu jika anda ingin mengira parameter urusniaga anda dengan tepat.
  4. Masukkan nilai 1.08900.4_2_1_MS.png
  5. Aktifkan suis "Tutup ketika untung". Ini ambilan untung anda. Pilih nilai yang memberikan anda keuntungan $20. Nilai ini berjarak tepat 200 poin dari harga kemasukan anda. Ambilan untung anda ialah 1.08900 + 0.00200 = 1.09100 (poin ialah digit terakhir pada harga, jadi 200 poin ialah 0.00200).
  6. Aktifkan suis "Tutup ketika rugi". Ini renti rugi anda. Pilih nilai pada mana kerugian anda adalah sebanyak $10. Nilai ini berjarak tepat 100 poin dari harga kemasukan anda. Renti rugi anda ialah 1.08900 – 0.00100 = 1.08800 (100 poin ialah 0.00100).
  7. Tekan butang Buat pesanan.

4_2_2_MS.png

Tahniah! Anda baru sahaja membuka urusniaga yang terancang dengan baik!

Kerja rumah

Kerja rumah: Buka aplikasi FBS dan laksanakan urusniaga anda yang seterusnya seperti seorang profesional. Gunakan semua ilmu yang baru anda pelajari.

  1. Cari pasangan GBPUSD dalam aplikasi.

  2. Cari titik masuk pada aras harga yang anda rasakan sesuai untuk urusniaga anda.

  3. Tetapkan volum urusniaga sebanyak 0.1 lot.

  4. Tetapkan ambilan untung anda sejauh 200 poin.

  5. Tetapkan renti rugi anda sejauh 100 mata.

  6. Buka urusniaga.

  7. Tinjau kembali urusniaga anda kemudian untuk memeriksa prestasinya.

Ingat, risikokan hanya amaun yang anda sanggup lihat rugi, walaupun dalam akaun demo — itulah cara berfikir seorang trader profesional.

Trade sekarang

Kongsi kepada rakan-rakan: