Pelajaran 4. Strategi candlestick 5-7 minit untuk dibaca

Dalam pelajaran-pelajaran terdahulu kursus ini, kita mengenali apa itu candlestick Jepun dan mempelajari pola-pola candlestick Jepun yang paling terkenal. Dalam pelajaran keempat ini, kita akan meneliti dua strategi yang memerlukan kemahiran detektif untuk mengesan dan berdagang dengan pola candlestick!

Strategi Shooting Star

Untuk strategi yang pertama, mari kita imbas kembali pola shooting star. Di bawah ini, kami berikan anda satu contoh pola "Shooting Star" di carta H4 GE.

1.png

Shooting Star klasik:

  • Mempunyai bayang atas yang panjang dan bayang bawah yang pendek;

  • Mempunyai badan yang kecil yang harus terletak berhampiran dengan harga terendah;

  • Muncul semasa uptrend selepas candlestick bullish. Signal dianggap sah apabila candlestick bearish yang besar yang muncul setelahnya ditutup lebih rendah dari harga penutupan Shooting Star;

  • Boleh berwarna hijau atau merah.

Jika anda masih menghadapi masalah mengesan dan mengecam pola "Shooting Star", anda boleh semak kembali pelajaran kedua kursus ini.

Sekarang, mari kita beralih ke algoritma perdagangan strategi ini:

  1. Tunggu sehingga Shooting Star muncul. Ingat bahawa harga harus bergerak di dalam uptrend;

  2. Sebaik sahaja anda perasan pembentukan shootinng star, tunggu sehingga candlestick seterusnya bergerak sehingga berada di bawah harga terendah (harga minimum) Shooting Star yang baru anda temui. Anda boleh menggunakan pesanan Sell Stop untuk entri anda tepat pada harga terendah Shooting Star;

  3. Renti Rugi anda harus diletakkan di puncak Shooting Star;

  4. Letakkan Ambilan Untung anda pada aras sokongan penting seterusnya.

Kami berikan contoh strategi ini di bawah. Di carta H4 General Electric, pola Shooting Star telah terbentuk. Kami meletakkan pesanan Sell Stop di paras terendah pola Sell Stop iaitu di 18.50, Renti Rugi terletak di paras tertinggi pada candlestick itu, dan Ambilan Untung diletakkan di sokongan signifikan sebelum ini iaitu di 17.10. Dengan cara ini, kita boleh meraih 140 poin dalam satu urusniaga.

2.png

"Bagaimana cara untuk mengelakkan situasi di mana shooting star akhirnya ternyata palsu?"

Adalah sangat penting untuk menunggu sehingga anda pola ini disahkan. Candlestick seterusnya selepas "Shooting Star" haruslah bearish. Juga, jangan lupa tentang Renti Rugi! Ia melindungi anda daripada urusniaga yang sangkak.

Strategi seterusnya dikenali sebagai pola "The Third Candle". Ia mungkin mirip dengan pola "Three Black Crows" atau "Three White Soldiers". Perbezaan utama di antara mereka ialah pola "The Third Candle" mempunyai lebih sedikit peraturan berkenaan harga pembukaan setiap candlestick.

Strategi The Third Candle

Pola ini ada dua jenis: bullish dan bearish. Kita akan mulakan dengan pola bearish.

Candlestick pola ini yang pertama adalah bullish (ia dipanggil candlestick "sifar"). Candlestick seterusnya haruslah bearish. Momentum menurun harus disahkan oleh candlestick bearish yang kedua. Candlestick ketiga digunakan untuk membuka posisi short.

3.png

Begitulah juga sebaliknya bila kita mengenal pasti pola bullish. Candlestick bullish pertama harus muncul selepas candlestick "sifar" yang bearish. Ia harus mempunyai harga rendah yang lebih rendah. Candlestick bullish kedua digunakan sebagai pengesahan penyongsangan ke atas. Harga pembukaan candlestick ketiga adalah aras di mana kita membuka posisi long.

4.png

Selepas mengenal pasti pola "The Third Candle", mari kita pertimbangkan langkah-langkah utama strategi itu sendiri.

Untuk posisi long:

  1. Tunggu pembentukan lengkap pola "The Third Candle" bullish. Jika badan candlestick pertama dan kedua sangat kecil – anda tidak sepatutnya memasuki pasaran, kerana ia menunjukkan bahawa bulls sedang kehilangan kekuatannya;

  2. Kedua, pasang osilator Stokastik di carta. Garisannya harus bergerak menuju ke atas;

  3. Jika semua syarat dipenuhi, masukkan posisi long selepas candlestick ketiga dibuka;

  4. Letakkan Renti Rugi di bawah harga minimum candlestick pertama;

  5. Letakkan tahap "Ambilan Untung" pada aras rintangan penting seterusnya.

Lihatlah contoh di bawah ini! Pada carta harian NZDUSD, pola "The Three Candles"pesanan telah terbentuk. Selepas candlestick ketiga muncul, kami mengesahkan momentum menaik dengan osilator Stokastik di mana ia telah meninggalkan zon terlebih dijual dan pergi lebih tinggi. Kami letakkan pesanan Buy Stop di 0.6743. Renti Rugi diletakkan di bawah paras rendah candlestick "sifar" di 0.6645, dan Ambilan Untung terletak di 0.6817, berhampiran rintangan signifikan sebelumnya. Dengan cara ini, kami telah dapat memperoleh 740 mata.

5.png

Untuk posisi short:

Senario pembukaan posisi short adalah serupa dengan yang telah diterangkan di atas.

  1. Tunggu sehingga "The Third Candle" bearish terbentuk. Sama seperti senario urusniaga long, badan candlestick pertama dan kedua tidak boleh kecil;

  2. Osilator Stochastic harus turun ke bawah;

  3. Buka posisi short di harga pembukaan candlestick ketiga;

  4. Letakkan Renti Rugi di atas paras tertinggi candlestick pertama;

  5. Letakkan pesanan Ambilan Untung di aras sokongan penting seterusnya.

Di bawah ini kami berikan contoh urusniaga jual.

Selepas pola ‘The Three Candle’ terpapar di carta harian NZD/USD, kami tunggu sehingga indikator Stokastik turun. Kami letakkan pesanan Sell Stop pada harga pembukaan candlestick ketiga di 0.6921. Renti Rugi terletak di atas paras tinggi candlestick pertama di 0.6983. Bagi aras Ambilan Untung, kami meletakkannya pada aras sokongan di 0.6833. Hasilnya, kami berjaya meraih keuntungan 880 poin.

6.png

"Adakah penting untuk meletakkan Ambilan Untung berhampiran dengan aras sokongan dan rintangan yang signifikan untuk strategi ini?"

Aras-aras sokongan dan rintangan mewakili zon di mana penyongsangan berpotensi terjadi. Iaitu, harga mungkin bergerak dalam arah yang bertentangan apabila sasaran ini dicapai. Kami mengesyorkan agar anda meletakkan aras Ambilan Untung sedikit di bawah aras rintangan terdekat dan sedikit di atas sokongan terdekat. Selain itu, adalah disyorkan juga untuk merentetkan Ambilan Untung (to trail the Take Profit) dan tutup posisi apabila anda melihat tanda-tanda penyongsangan (penyilangan zon terlebih beli/jual di osilator Stokastik, kemunculan pola candlestick penyongsangan).

Sekarang anda sudah tahu dua strategi perdagangan yang paling popular yang memerlukan ilmu pola candlestick Jepun. Tentu sekali, di luar sana ada lebih banyak lagi strategi lain! Jangan lupa untuk berlatih berdagang dengan strategi ini di akaun Demo.

Ringkasan pelajaran

  • Strategi Shooting Star semakin viral di kalangan para pedagang, kerana pola ini adalah tetamu setia yang kerap muncul di carta;

  • Pola Shooting Star muncul di penghujung uptrend. Pengesahan dalam bentuk candlestick bearish diperlukan;

  • Perbezaan utama antara pola "Three Black Crows" dan "The Third Candle" ialah betapa pola "The Third Candle" mempunyai lebih sedikit peraturan mengenai harga pembukaan setiap candlestick;

  • Strategi "The Third Candle" memerlukan bantuan osilator Stokastik untuk mengesahkan momentum.

Kongsi kepada rakan-rakan: